Thursday, August 1, 2013

Anwar Tidak Berani Saman Saya - Yuktes Vijay

PETALING JAYA 1 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai tidak berani menyaman bekas pembantu Sankara Nair (peguambela Anwar), Yuktesvaran Malaipan berhubung dakwaan penggunaan dokumen cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0. 

Menurut Yuktes, sijil cuti sakit itu bertujuan menggambarkan persepsi bahawa kes berkenaan sebagai dirancang atau konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Yuktes turut meningatkan pemberita supaya berhati-hati ketika menyiarkan berita tersebut dan berjanji akan menyerahkan dokumen serta bukti sekiranya disaman Anwar.

"Percayalah, dia (Anwar) tidak akan saman saya tetapi hati-hati dengan apa yang anda siarkan. Jika dia saman anda, saya akan serahkan segala dokumen dan bukti yang ada," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.


Pada sidang media tersebut, Yuktes turut mengedarkan salinan komunikasi emel kepada pemberita yang bertarikh 28 Ogos 2012 antara beliau, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham dan Sankara Nair.

Yuktes yang ketika itu mendapat arahan daripada Sankara Nair meminta Badrul yang dikenali Chegu Bard supaya mendapatkan sijil cuti sakit dari hari Sabtu (1 September) sehingga Selasa (4 September) bagi mengelakkan kesulitan di mahkamah.

Lantas yang demikian Sankara Nair pula menghantar emel kepada penerima yang dikenali sebagai Anwar, Ben, me (Yuktes), Sathya, Ibrahim pada 30 Ogos 2012.

Antara kandungan emel berbahasa Inggeris itu berbunyi,

"URGENT, Boss. Again, since my email to Chegubard 2 days ago, to comfirm on the MC - from the 1st till 4th Sept (a copy of which I sent you). Sadly again, Chegubard has not responded to me or my boys to the email. My boys have tried to reach him numerous times but to no avail. My boys then contacted Ibrahim Yaacob who has also been also trying to contact him (chegubard) but to no avail also. Dato Yusof and I will not be able to file this if there is no postponement on 3rd Sept and the only way we see is the proposed MC as he told us he suffers from acute migraine regularly. Please ensure he finds a way to get 3rd Sept postponed or else all is wasted."

17 Julai lalu, Yuktes bersama dua rakannya, membuat laporan di Balai Polis Travers di Kuala Lumpur serta menyerahkan bukti cuti sakit palsu itu kepada pihak polis.

"Penyerahan sijil (surat) palsu mungkin kelihatan sebagai perkara remeh, namun apa yang ingin saya buktikan di sini ialah kesanggupan pihak pembangkang mengkompromi sistem mahkamah," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk S Ambiga memandang serius isu penggunaan dokumen cuti sakit palsu oleh Anwar.

Yuktes menjelaskan beliau tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbangkan keselamatannya setelah beliau banyak menerima kecaman dan ugutan setelah surat-surat terbukanya kepada Anwar disiarkan di laman-laman portal.

No comments:

Post a Comment