Thursday, August 1, 2013

Anwar Tidak Berani Saman Saya - Yuktes Vijay

PETALING JAYA 1 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai tidak berani menyaman bekas pembantu Sankara Nair (peguambela Anwar), Yuktesvaran Malaipan berhubung dakwaan penggunaan dokumen cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0. 

Menurut Yuktes, sijil cuti sakit itu bertujuan menggambarkan persepsi bahawa kes berkenaan sebagai dirancang atau konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Yuktes turut meningatkan pemberita supaya berhati-hati ketika menyiarkan berita tersebut dan berjanji akan menyerahkan dokumen serta bukti sekiranya disaman Anwar.

"Percayalah, dia (Anwar) tidak akan saman saya tetapi hati-hati dengan apa yang anda siarkan. Jika dia saman anda, saya akan serahkan segala dokumen dan bukti yang ada," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.


Pada sidang media tersebut, Yuktes turut mengedarkan salinan komunikasi emel kepada pemberita yang bertarikh 28 Ogos 2012 antara beliau, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham dan Sankara Nair.

Yuktes yang ketika itu mendapat arahan daripada Sankara Nair meminta Badrul yang dikenali Chegu Bard supaya mendapatkan sijil cuti sakit dari hari Sabtu (1 September) sehingga Selasa (4 September) bagi mengelakkan kesulitan di mahkamah.

Lantas yang demikian Sankara Nair pula menghantar emel kepada penerima yang dikenali sebagai Anwar, Ben, me (Yuktes), Sathya, Ibrahim pada 30 Ogos 2012.

Antara kandungan emel berbahasa Inggeris itu berbunyi,

"URGENT, Boss. Again, since my email to Chegubard 2 days ago, to comfirm on the MC - from the 1st till 4th Sept (a copy of which I sent you). Sadly again, Chegubard has not responded to me or my boys to the email. My boys have tried to reach him numerous times but to no avail. My boys then contacted Ibrahim Yaacob who has also been also trying to contact him (chegubard) but to no avail also. Dato Yusof and I will not be able to file this if there is no postponement on 3rd Sept and the only way we see is the proposed MC as he told us he suffers from acute migraine regularly. Please ensure he finds a way to get 3rd Sept postponed or else all is wasted."

17 Julai lalu, Yuktes bersama dua rakannya, membuat laporan di Balai Polis Travers di Kuala Lumpur serta menyerahkan bukti cuti sakit palsu itu kepada pihak polis.

"Penyerahan sijil (surat) palsu mungkin kelihatan sebagai perkara remeh, namun apa yang ingin saya buktikan di sini ialah kesanggupan pihak pembangkang mengkompromi sistem mahkamah," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk S Ambiga memandang serius isu penggunaan dokumen cuti sakit palsu oleh Anwar.

Yuktes menjelaskan beliau tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbangkan keselamatannya setelah beliau banyak menerima kecaman dan ugutan setelah surat-surat terbukanya kepada Anwar disiarkan di laman-laman portal.

Fitnah Yang Direka Oleh Macai PR !!!

Kalau tak ada fitnah bukan pembangkang lah nama nyer".lagi taktik terbaru di kesan dari macai2 Pr untuk menuduh dan memfitnah Bn@Umno dangan satu isu rakaman cctv (spy cam) di dalam bilik tidur dan mandi nurul izzah.

cerita ini sebenarnya sengaja direka oleh macai Pr dan mengunakan acc fake yang mengunakan indetiti seorang Dj radio Ikim.cerita ini HP dapat dari kawan HP sendiri yang terkena dangan macai pr.

link fb acc fake pemfitnah :https://www.facebook.com/sitirohani.surani.37
nama penguna                  :Siti Rohani Surani


























Siti Rohani Surani (Dj radio Ikim) tidak mempunyai sebarang acc fb atau page.bagi macai2 pr yg suka buat fitnah cukup2 lah buat fitnah tuu.dari pemimpin hingga ke macai perangai sama jer...bab kata orang tua2 bapa borek anak rintik heheheeee...fitnah lagiiii


Monday, July 29, 2013

Fakta Isu Scorpene Yang SUARAM Tidak Mampu Nafikan


Akhbar the New Straits Times memberi ruang khas memberi penjelasan terperinci mengenai isu ini dilihat sebagai usaha yang tepat bagi menghentikan SUARAM dari terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

NST telah mewawancara Jasbir Singh Chahl iaitu seorang arkitek yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ini. Nama Jasbir Singh Chahl pernah digunakan oleh SUARAM dengan mewar-warkan kononnya beliau merupakan antara salah seorang yang telah menerima sapina oleh mahkamah Perancis bagi kes ini. Jasbir pantas menafikannya dengan membuat kenyataan balas melalui media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis sapina.

Jasbir tampil sekali lagi menerangkan apa yang telah diterangkan berkali-kali sebelum ini. Antara fakta yang tidak pernah berubah sama ada dalam wawancara dengan Jasbir, kenyataan pihak Perancis, keterangan di mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya mahupun dalam penjelasan kerajaan Malaysia adalah:

1.Altantuya bukan seorang penterjemah malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga tidak dapat disahkan.

2.Semua yang terlibat secara langsung dalam urusniaga scorpene, termasuk Jasbir, tidak pernah berjumpa dengan Altantuya sepanjang tempoh urusniaga tersebut iaitu pada tahun 2000 – 2002.

3.Altantuya tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh itu sepertimana yang disahkan oleh polis Perancis.

4.Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Altantuya sekali gus, hanya berjumpa dengan Altantuya pada tahun 2004.

5.Altantuya dibunuh pada tahun 2006.

6.Syarikat DCNS yang menjadi pembekal scorpene menjalankan semua urusannya dengan syarikat di seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris serta tidak memerlukan penterjemah apatah lagi dari Mongolia.

7.Syarikat Perimekar yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead.

8.Syarikat Perimekar menerima bayaran atas perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 staff dan 49 pegawai di Perancis dan Sepanyol.

9.Syarikat Perimekar tidak pernah menerima komisyen bagi pihak Dato’ Seri Najib dan semuanya terbukti dalam laporan audit di mana keuntungan selepas cukai syarikat mencatatkan jumlah sebanyak RM105,111,191.

Semua fakta dan angka yang dibentangkan adalah menepati gambaran penceritaan, kenyataan dan penjelasan semua pihak yang terlibat. Tiada satu pun yang berubah. Apa yang berubah hanyalah angka dan fakta yang dikemukakan oleh SUARAM dan pembangkang. Oleh itu, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk melihat pihak mana yang berbohong dan pihak mana yang bercakap benar sekiranya benar ikhlas ingin mencari kebenaran.

Dengan penjelasan Jasbir, rakyat Malaysia wajar meletakkan titik noktah ke atas isu skandal scorpene ini. Biarkan SUARAM dan pembangkang terus memainkan isu ini sesuka hati mereka kerana sesungguhnya ia tidak akan ke mana melainkan menghabiskan dana mereka sendiri.