Wednesday, May 15, 2013

Panggilan Mengejut Dari White House untuk ANUWAR...



Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerima panggilan mengejut dari White House.

Presiden Barack Obama berbuat demikian bagi mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib atas kejayaan beliau mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya umum ke-13 untuk terus menerajui Malaysia.

Obama juga menyatakan beliau faham dan menerima proses serta keputusan pru ke-13 baru-baru ini.

Kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Presiden Amerika Syarikat itu juga diberi taklimat ringkas mengenai usaha kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Obama juga bersetuju untuk menyertai Sidang Kemuncak Keusahawanan Global yang bakal berlangsung selama dua hari mulai 11 Oktober depan di ibu negara.

Kesediaan juga diberikan kedua-dua pemimpin untuk memperkukuh hubungan dua hala menerusi kerjasama serantau dan antarabangsa.



No comments:

Post a Comment