Thursday, May 16, 2013

MENJUNJUNG TITAH, TUANKU!!!


PEKAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menggesa pihak berkenaan untuk menghentikan budaya memfitnah dan memberi tumpuan kepada pembangunan negeri.

"PRU13 telah berlalu...saya tidak mahu melihat segala tohmahan, gambaran tidak tepat, perkara tidak berasas, pembohongan dan fitnah memfitnah berterusan,semua ini mesti dihentikan segera," titah baginda.

Sultan Pahang bertitah demikian pada majlis pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Sultan Ahmad Shah bertitah, selain menumpukan usaha mengukuhkan perpaduan kaum, anggota Exco yang baru dilantik juga perlu memfokuskan kepada penyebaran maklumat tepat kepada rakyat.

"Perpaduan kaum adalah asas kepada keamanan dan kestabilan manakala maklumat tepat adalah penting untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham di kalangan rakyat," titah baginda.

Baginda juga mahu semua pihak menghormati hak orang lain, tidak menghasut dan menimbulkan kekacauan yang boleh merosakkan keamanan dan ketenteraman negeri.

Titah baginda, semua pihak perlu menghormati Perlembagaan Malaysia, Undang-Undang Tubuh Negeri dan segala undang-undang serta peraturan sedia ada.

"Saya tidak rela Negeri Pahang ditimpa kekacauan, kacau-bilau dan porak-peranda.

"Saya yakin kerajaan saya akan merangkumi semua pihak untuk bersatu-padu sesuai dengan semangat "penyatuan" seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, " titah Sultan

No comments:

Post a Comment