Friday, May 17, 2013
khairy jamaluddin;Ini kementerian belia, bukan kementerian belia BN
Setelah terlepas peluang memasuki kabinet sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan yang baru Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan hasratnya untuk menjadi menteri untuk rakyat Malaysia dan bukan "menteri BN" semata-mata.
Justeru, katanya, beliau akan mendapatkan idea pelbagai pihak, termasuk daripada sayap Pemuda pembangkang dalam agenda kementeriannya untuk menyahut seruan national reconciliation (kerukunan nasional) perdana menteri. "Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi.
Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog. "Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu,dan apa jangkaan kamu.
Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment