Saturday, May 18, 2013
ADAM ADLI DITAHAN DIBAWAH AKTAR HASUTAN...
KUALA LUMPUR 18 MEI : Aktivis mahasiswa Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 4(1)c Akta Hasutan di Bangsar Utama, hari ini.
Menulis di twitternya petang ini, Adam memaklumkan beliau kini berada di Balai Polis Jinjang.
Menurut seorang saksi mata, Adam ditahan oleh lebih 10 anggota polis berpakaian biasa di hadapan sebuah kedai runcit di Bangsar Utama.
Beliau kemudiannya dibawa dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 3.30 petang.
Adam dipercayai ditahan berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.
Sementara itu, beberapa kumpulan aktivis hak asasi dan mahasiswa merancang untuk mengadakan nyalaan lilin di hadapan Balai Polis Jinjang jam 8 malam ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment