Malaysia Airlines, MAS membawa 6,553 penumpang menggunakan 57 penerbangan sewa khas komersil sepanjang tempoh 2 hingga 4 Mei dan 6 hingga 8 Mei lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata semua penumpang adalah rakyat Malaysia yang mengemukakan kad pengenalan semasa daftar masuk.
Syarikat penerbangan itu menolak dakwaan bahawa ia membawa pengundi hantu pada pilihan raya umum ke-13.
MAS ujarnya, sentiasa menjadi syarikat penerbangan berintegriti dan tidak akan bertolak ansur terhadap dakwaan tidak berasas.
Penerbangan dua hala itu dari Kuala Lumpur ke empat destinasi iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Sibu serta pengundi dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur.
MAS mengadakan penerbangan sewa khas komersil untuk membawa pengundi pulang supaya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi selain memainkan peranan sebagai syarikat korporat bertanggungjawab dengan memperkenalkan tambang istimewa.
No comments:
Post a Comment