Saturday, May 11, 2013

UMNO bukan parti rasis - PM



KUALA LUMPUR 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO bukan parti rasis kerana ia sentiasa memberi keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum di negara ini.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, sejak ditubuhkan 67 tahun lepas, UMNO menganggap bukan Melayu sebagai rakan kongsi dan akan tetap mempertahankan dasar yang sederhana, adil dan saksama kepada semua bangsa.

"Inilah formula terbaik UMNO (keadilan kepada semua), bukan formula keterlaluan untuk memancing undi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Malaysia yang tercinta.

"Kita tidak akan benarkan politik sedemikian... opportunistic politics (politik oportunis)...kita tak akan benarkan kerana akhirnya akan menghancurkan segala-galanya yang telah dibina UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun UMNO ke-67 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin; Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; dan Ketua Pergerakan Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali serta presiden parti-parti komponen BN.

Najib berkata, jika bukan kerana isu perkauman yang dimainkan pakatan pembangkang, beliau percaya BN mampu memperoleh majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang berakhir Ahad lepas.

Pada PRU13, BN memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen dengan UMNO kekal sebagai tonggak gabungan itu apabila menyumbangkan 88 kerusi.

Perdana Menteri berkata, pencapaian UMNO pada pilihan raya umum kali ini adalah lebih baik berbanding 2008 meskipun diasak dan diserang pelbagai tohmahan serta fitnah daripada pembangkang.

"Tapi, pada akhirnya rakyat Malaysia telah membuat keputusan bahawa mereka ingin kepada kestabilan, kesinambungan dan ingin melihat agenda pembangunan dan transformasi yang dibawa BN diteruskan," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, UMNO memenangi 79 kerusi Parlimen.
- BERNAMA

Nong Chik pertimbang saman Nurul Izzah...




 SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Penyelaras BN Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Nurul Izzah Anwar.

Menurut Nong Chik ini berikutan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau oleh Naib Presiden PKR itu sepanjang kempen pilihan raya umum minggu lalu.

Beliau menyifatkan pembangkang berkempen secara tidak bersih dengan melemparkan fitnah walaupun bukti dan fakta dikemukakan untuk menangkis tohmahan itu. Ini katanya akan memperlihatkan masa depan politik Malaysia yang gelap.

Nong Chik berkata langkah tersebut bertujuan bagi membersihkan imej dan maruah keluarga yang terjejas disebabkan isu yang dimainkan pihak pembangkang.

“Malah, sehari sebelum hari pengundian juga dia (Nurul Izzah) membawa isu mengaitkan saya dengan tanah Bukit Kiara yang langsung tiada asas,” katanya pada pertemuan bersama media, di Pusat Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai, Bangsar, di sini, semalam.

Pada pilihan raya umum minggu lalu, Nong Chik sebagai calon BN kerusi Lembah Pantai tewas kepada Nurul Izzah dengam majoriti 1,847 undi.\

Nong Chik dalam pada itu akur dengan keputusan rakyat justeru katanya, tidak timbul isu ‘tawar hati’.

Beliau dalam masa sama tidak mengharapkan sebarang jawatan senator namun terpulang kepada perancangan Perdana Menteri.

“Pada saya, semuanya terpulang kepada perdana menteri, namun untuk menjadi menteri saya rasa tidak sesuai, saya akan bincang dengan perdana menteri sekiranya ditawarkan, tetapi sebenarnya saya berat (hati) kerana lebih sesuai dipilih dalam kalangan wakil rakyat.

“Melainkan jawatan itu tidak ada kena mengena dengan kapasiti sebagai ahli parlimen dan boleh membantu BN, saya akan pertimbangkan,” katanya. Mengulas berhubung kegagalannya menawan kerusi parlimen itu, Raja Nong Chik menyifatkan ia bukan penamat kerjaya politik beliau kerana beliau akan meneruskan khidmat dan perjuangan di Lembah Pantai meskipun tidak memegang sebarang jawatan menteri.

Beliau merasakan, faktor utama kekalahan beliau adalah apabila isu karakter lebih dipandang serius sesetengah pihak berbanding kerja dilaksanakan di kawasan itu.

Pembangkang Hipokrasi Paling Besar - Najib




KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan pemimpin pakatan pembangkang enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13 yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) sebagai 'hipokrasi yang sangat besar'.

Najib yang juga Presiden Umno menempelak pembangkang kerana boleh menerima keputusan yang menguntungkan mereka walaupun mendakwa sistem pilihan raya kali ini tercemar dan berlaku penipuan.

"Kalau sistem pilihan raya begitu tercemar, dinodai penipuan, kenapa angkat sumpah di Pulau Pinang, Kelantan dan tidak sabar-sabar mengangkat sumpah di Selangor? Kenapa terima (keputusan) di Permatang Pauh, Gelang Patah.

"Tetapi kalau sistem yang sama di peringkat negeri dan pusat...kalau yang menguntungkan mereka, (mereka) terima keputusan. Kalau memihak kepada BN, tidak diterima. Inilah hipokrasi yang paling besar," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu malam.

Najib berkata sebagai pengamal demokrasi, pembangkang sepatutnya menerima keputusan rakyat berdasarkan sistem yang diterima pakai mengikut perlembagaan negara. Sebelum pilihan raya umum lagi, Najib berkata beliau sebagai Pengerusi BN bersedia menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh rakyat.

"Mereka (pembangkang) yang banyak bersuara tentang demokrasi, mereka yang nyatakan bahawa rakyat yang akan tentukan segala-galanya...setelah pilihan raya berakhir, mereka enggan terima keputusan demokrasi Parlimen yang ditentukan rakyat Malaysia," tegasnya.

Najib turut membidas pembangkang yang memberi pelbagai alasan akibat kekalahan pada PRU13 termasuk mendakwa BN membawa masuk ramai warga Bangladesh sebagai pengundi untuk memastikan kemenangan parti itu, selain mempertikai dakwat kekal yang sebelum ini dituntut oleh mereka untuk digunakan dalam sistem pilihan raya.

"Mereka gembar-gembur pembohongan dalam media sosial, dalam cerita-cerita yang dibawa dari mulut ke mulut seolah-olah dongeng itu adalah kebenaran mutlak sehingga cerdik pandai pun termakan cerita. Inilah angkara dibuat pembangkang," katanya.

Perdana menteri berkata daripada menyebarkan di media sosial, pembangkang sepatutnya membawa dakwaan mereka ke mahkamah, dan BN akan menerima apa sahaja keputusan yang dibuat.

Dalam pada itu, Najib turut menempelak pemimpin pembangkang yang kemaruk kuasa dengan menyusahkan rakyat dan mencemarkan imej negara sedangkan telah gagal mengambil alih kepimpinan negara sejak empat pilihan raya lepas.

"Jadi kalau buat kenyataan nak bersyarah di luar negara, pergilah. Jangan ditunggu-tunggu lagi. Sudah empat kali (gagal) masih hendak pertahankan jawatan.

Sedangkan dalam kalangan kita, kalah sekali pun sudah letak jawatan. Inikah yang dikatakan mengamal demokrasi? Inikah yang perjuangkan sistem adil dan terbuka? Yang tiada rasuah dan nepotisme? Tetapi hari ini timbalan presiden parti itu tunjukkan memang berlaku nepotisme dalam parti. Ini 'double standard'," katanya.

 -- BERNAMA

                              ANUWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT (KARPAL SINGH)

TERKINI : BERANI KE ANWAR TERIMA CABARAN INI...



 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bersedia menerima sebarang keputusan mahkamah sekiranya Pakatan Rakyat membawa ke mahkamah kes yang didakwa sebagai penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, sehingga hari ini, tiada sebarang bukti sahih yang dibawa oleh Pakatan mengenai dakwaan penipuan keputusan pilihan raya tersebut.

"Mereka menggembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut. Mengenai "blackout" di satu kawasan yang dikatakan sebagai cara untuk menipu dalam pilihan raya, walhal senarai daftar pemilih ada dalam tangan mereka, setiap pusat pengundian ada agen yang menyaksikan proses.

"Sehingga akhirnya, belum ada bukti sahih mengenai penipuan yang dijalankan. Maka, kalau ada satu dua kes, bawalah ke mahkamah. Mahkamah akan tentukan dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis sambutan ulangtahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Turut hadir ialah mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohd Ali. Selain itu, Najib juga menggesa Pakatan untuk mengemukakan bukti tentang dakwaan wujudnya usaha untuk mengimport 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya lalu.

Beliau juga berkata, sebagai sebuah parti yang sebelum ini kerap melaungkan tentang demokrasi, Pakatan sepatutnya menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

"Yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi yang menyatakan rakyat yang menentukan segala-galanya, setelah pilihan raya berakhir enggan menerima keputusan demokrasi parlimen yang ditentukan rakyat Malaysia sendiri.

"Pelbagai alasan diberikan kononnya telah berlaku penipuan dalam pilihan raya. Mereka bawa cerita kononnya kita import 40,000 mat bangla untuk mengundi. "Saya nak tanya, kalau nak bawa 40,000 mat bangla, sebuah (kapal terbang) Jumbo muat seramai 400 dan bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya pada pembangkang, tunjuk di mana ada 100 buah jumbo yang mendarat di lapangan terbang," katanya lagi.



                             ANUWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT (KARPAL SINGH)

sumber:http://networkedblogs.com/L8feh

POLITIK EKSTRIMIS ?







Tulang Selangka Bengkok Mari kita lihat sejarah dan fakta politik cauvinis, ekstrim, pelampau, jumud amalan pembangkang kstrim PKR PAS DAP sejak dulu, kini dan selamanya!

01. Amanat Hadi Awang 1981 yang menyebabkan berlaku perpecahan umat Melayu Islam;

02. Pendedahan oleh ahli seumur hidup PAS CN Al-Afghan tentang peristiwa Kafir Mengkafir akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi sehingga beliau sanggup mengkafirkan Allahyarham ayahandanya sendiri;

03. Peristiwa Memali pada 19.11.1985 akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang sehingga kumpulan fanatik dan taksub PAS diketuai oleh Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya membunuh empat anggota polis;

04. Pendedahan oleh CN Al-Afghan bagaimana ujud komplot dan rancangan untuk membunuh Tun Dr. Mahathir akibat terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang;

05. Kenyataan seorang pemimpin PAS pada 07.08.1987 mendakwa Malaysia akan menjadi Negara Kristian selewat-lewatnya tahun 2000;

06. Demonstrasi besar-besaran Himpunan Anti Kristian oleh PAS pada 29.10.1987 di Sitiawan Perak;

07. Anwar Ibrahim diberi gelaran Al-Juburi dan Penjaga Stor Kunyit oleh PAS akibat pendedahan oleh Karpal Singh pada 22.10.1997 bahawa Anwar seorang peliwat;

08. Peristiwa Al-Maunah, yang kebanyakannya adalah ahli PAS yang cuba melakukan pemberontakan bersenjata dalam tahun 1999 sehingga membunuh pasukan keselamatan di Bukit Jenalik, Sauk;

09. Kenyataan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada 19.06.2012 yang mendakwa perarakan sambutan Taipusam yang mana ada antara pengikutnya didakwa berarak separuh sedar dan sama saperti demonstrasi jalanan;

10. Datuk Dr. Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS dan Exco Hal Ehwal Islam Selangor dipecat pada 08.01.2012 antaranya kerana isu dakyah dan cubaan memurtadkan orang Islam oleh Damansara Utama Methodist Church;

11. Hadi Awang bersama Kitsiang dan Anwar mengumumkan persetujuan bersama pada 08.01.2013 membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH;

12. 28.03.2008 Nik Aziz menyatakan tidak perlu sambut Maulidurrosul kerana kelahiran Nabi Muhammad pada Tahun Gajah sama taraf saperti Mat-Mat Kampung;

13. Ahad 27.01.2013 Nik Aziz pula menyambut ulangtahun kelahiran dia ke 81 di rumah Karpal Singh dihari Taipusam;

14. YB Gobalakrishnan membuat kenyataan beliau dipanggil pariah oleh Timbalan Presiden PKR; 

15. Anwar Ibrahim menyatakan pada 18.10.2010 bahawa semua agama adalah sama dalam ucapan di London School of Economics;

16. Ogos 2006, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa adalah hak Azlina Jailani untuk murtad dan menukar agama daripada Islam ke kristian kepada nama Lina Joy;

17. Naib Presiden PKR Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim menyatakan pada 03.11.2012 di Gereja Full Gospel Tabernacle bahawa hak menukar agama tidak sepatutnya hanya diberi kepada bukan Melayu, membawa makna sebaliknya orang Melayu juga patut diberi kebebasan menukar agama dan murtad daripada Islam kepada agama lain;

18. Pembangkang memberi Anwar Ibrahim selempang gelaran Hugoan Siaou, Pemimpin Agong Kadazan yang hanya layak diberi kepada pemimpin berbangsa Kadazan sahaja;

19. Wan Azizah menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah 'manusia anugerah Tuhan';

20. Sebuah NGO pro-pembangkang memberikan anugerah Saidatina Khadijah, iaitu sempena nama isteri Rasulullah saw Saidatina Khadijah ra kepada Wan Azizah;

21. PKR menyatakan pendedahan videoseks ChinaDoll, Raja Goyang dan PapaHomo melibatkan Anwar Ibrahim sama saperti Nabi Yusuf as dan isteri Nabi saw Saidatina 'Aishah ra;

22. cauvinis Cina termasuk pimpinan DAP melaungkan slogan Malai-Si (Mampos Melayu) yang membawa kepada peristiwa berdarah 13.05.1969;

23. Saudara Razali Abdul Rahman, seorang tokoh aktivis senior DAP mendedahkan Upacara Sumpah Mendirikan Negara Kristian berlaku pada 05.052011 dalam satu majlis anjuran DAP yang dihadiri para pastor dalam dan luarnegara yang membantu DAP dalam PRN Sarawak 2011;

24. Lim Guan Eng mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam mesej krismas 25.12.2012;

25. Lim Guan Eng memfitnah Jemaah Islah Malaysia @ JIM sebagai sebuah pertubuhan pengganas walaupun tidak benar dan enggan meminta maaf sehingga kini;

26. Seorang pemimpin Pemuda PAS mendakwa UMNO akan menyiarkan videoseks Nabi saw jika ada;

27. PBT dibawah Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor memusnahkan sebuah kuil persendirian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang pada 10.10.2012;

28. Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor sedang didalam proses merobohkan Kuil Devasthanam Sri Mariaman, Seafiled, USJ, Selangor yang dikatakan berusia leboh 124 tahun;

29. Kerajaan PKR-DAP-PAS Selangor sedang didalam proses merobohkan Kuil Sivan, Bukit Gasing, Selangor;

30. Kerajaan PAS-PKR-DAP Kedah sedang didalam proses merobohkan Kuil Sera di Taman Kulim Hi-Tech, Kulim Kedah;


sumber:http://zul4kulim.blogspot.com

Terkini!! PM Haji Najib Dan Tun Mahathir Melawat DS Ustaz Azizan Di hospital Pulau Pinang..Moga Cepat Sembuh!!!





                                                     Dr Mahathir Mohamed bersama anaknya yang juga Menteri Besar
                                                      Kedah,Mukhriz Mahathir melawat Azizan di Unit Rawatan Rapi
                                                      Hospital Pulau Pinang di George Town, Sabtu. Foto BERNAMA 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, sebentar tadi.

Beliau yang datang bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan tiba di HPP pada jam 1.30 tengah hari.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang.

Bekas perdana menteri itu yang tiba di hospital pada kira-kira pukul 11.20 pagi tadi berkata, keadaan Azizan pada masa ini adalah stabil.

"Jantung dan tekanan darahnya berfungsi dengan baik," kata Dr Mahathir. Beliau menambah, Azizan telah sedarkan diri tetapi diletakkan dalam keadaan koma bagi memastikannya tenang.


Dr Mahathir, yang ditemani oleh isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak lelakinya Datuk Mukhriz Mahathir meninggalkan wad kira-kira 25 minit kemudian.



                            ANUWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT (KARPAL SINGH)
                              

SPR NAFI DAKWAAN PENDAFTAR ASING JADI PENGUNDI !!!





                                       


Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pembangkang kononnya ramai pendatang asing menjadi pengundi pada PRU-13.

Ini kerana Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 merupakan Daftar Pemilih yang diwartakan dan melalui proses pembersihan yang terperinci melalui semakan online dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih seperti yang terdapat dalam pangkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Daftar pemilih yang telah digunakan dalam PRU Ke-13 adalah daftar pemilih yang terbersih mungkin yang disediakan oleh SPR.

Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai identifier pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih.

Melalui sistem pendaftaran itu, tidak ada sesiapa yang bukan warganegara sama ada dia Bangladesh, Indonesia, China atau India., yang dapat mendaftar.


Oleh yang demikian andaian dan dakwaan kononnya terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang diangkut untuk mengundi dalam PRU Ke-13 baru-baru ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan itu adalah muktamad...


                                 ANUWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT  (KARPAL SINGH)
                                   

Friday, May 10, 2013

Hot !!! Anwar kantoi menipu harga tong gas masak naik...





 Bila dah kemaruk dan kempunan tak dapat jadi Perdana Menteri, mulalah menyebar fitnah dan pembohongan bahawa harga gas minyak masak 14 KG adalah RM 30 !! Memang patut pun hang kalah wahai Anwar .. sebabnya hang la penipu paling besar dalam Dunia ini . Harga 1kg gas minyak masak selepas subsidi kerajaan adalah RM 1.90 atau 14kg bersamaan RM26.90 !! Yang beza harga
antara kedai runcit adalah kos penghantaran



                                                    


Tiada kenaikan harga barang kawalan


KUALA LUMPUR - Harga barangan kawalan iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan bahan petroleum seperti petrol RON95, RON97 dan diesel serta gas petroleum tidak naik seperti diperkatakan.

"Harga bagi barang-barang tersebut kekal sepertimana sebelum ini," kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Saripuddin Kassim dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas dakwaan berkaitan kenaikan harga barangan yang disebarkan semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 beliau berkata, pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan akan dikenakan tindakan.

Saripuddin berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan ke atas harga dan bekalan barangan terkawal bagi memastikan kestabilan harga dan bekalannya.

"Pegawai-pegawai penguatkuasa dan pemantau-pemantau harga di seluruh negara akan digerakkan untuk melaksanakan tugas ini.

"Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 ke atas mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan," katanya.

Pengguna boleh membuat aduan kepada pihaknya menerusi pejabat cawangan atau menelefon 1MOCC melalui talian 03-80008000 atau menerusi e-talian http://e-aduan.kpdnkk.gov.my jika terdapat peniaga yang menaikkan harga. - Bernama


Wawancara Azmin Ali Perlekehkan Integriti Anuwar Ibrahim!!!

Wawancara Azwan Ali hari ini jelas memaparkan yang Anwar Ibrahim dan Wan Azizah jenis gelojoh hingga terlampau menurut akal nafsu sendiri tanpa berunding dengan ADUN dan MP dari kalangan PR.


                                   

 Azmin Ali hari ini mempersoal surat yang dihantar Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung calon Menteri Besar. Surat yang dihantar Wan Azizah semalam itu dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua ADUN parti itu. Ini menjadi persoalan apa jenis parti bergitu teruk sekali kendaliannya. Adakah Wan Azizah masih beranggapan yang PKR adalah parti keluarganya. Azmin berkata, setakat ini semua ADUN PKR yang dipilih oleh rakyat belum dipanggil bagi mendapatkan pandangan mereka tentang calon menteri besar, termasuk dirinya.

Kemudianya Azmin juga mempertikai kaedah Anwar Ibrahim mengadakan himpunan di Klana Jaya yang dapat difahami sebagai kaedah gelojoh. Manakala Azmin Ali mempunyai saranan untuk mengumpulkan segala bukti kesalahan PRU13 dan memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi kepada rakyat.

Dari sini cara pendedahan Azmin jelas menggambarkan Anwar sudah tidak releven lagi untuk menjadi ketua PKR. Ekoran tindakan Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah juga terlampau tergopoh-gapah menganjurkan himpunan tanpa mencari alternatif yang lebih berkesan untuk kepentingan PKR. Malah Azmin Ali berkata Keadilan Bukan Parti Nepotisme sebaliknya Keadilan adalah sebuah parti reformasi.beliau menegaskan Keadilan bukan milik individu dan parti keadilan adalah milik rakyat. jadi apa maksudnya?

 video wawancara azmin ali>>> https://www.youtube.com/watch?v=tOe0wQD_Njc

Selain dari itu Portfolio Menteri Besar Selangor yang digalas oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sejak 2008 dilihat tidak begitu memberangsangkan ekoran mendapat banyak aduan daripada penjawat awam dan peniaga di negeri tersebut. Azmin Ali berkata, aduan turut diterima daripada masyarakat setempat kerana tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan yang dibawa oleh Khalid. Jadi dari mana yang PKR mainkan kononnya setiap masalah yang berlaku di Selangor adalah propaganda UMNO BN?

Malah situasi ini benar-benar memaparkan PKR selama ini parti yang berserabut dan masa PRU13 semuanya adalah dusta yang konon Anwar terbaik... Boleh jalan daaa.. Malah benarlah juga yang selama ini Wan Azizah terlampau pergunakan PKR sebagai parti yang berkepentingan kepada keluarganya semata-mata.

Yang jelas cara pendekatan Azmin Ali seolah-olah cuba menyingkirkan Anwar dan Wan Azizah dari terus berada sebagai ketua atau presiden PKR. Malah boleh menjelaskan yang Anwar Ibrahim sesungguhnya sudah tidak layak menjadi Ketua Pembankang mewakili Pakatan Rakyat. Jika kita telitikan siapakah yang bakal ambil alihnya nanti?

Inilah pergolakan yang boleh menjatuhkan peranan Anwar anak beranak secara mutlak dalam PKR jika situasi ini berlanjutan memperngaruhi setiap MP dan ADUN dalam PKR. Sesungguhnya Azmin mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan ADUN dan MP. Cuma masa dan waktu yang bakal menentukan samada PKR ini wujud atau pupus. Persoalanya sekarang rakyat Selangor sudah ditipu hidup-hidup oleh PKR...


PERHIMPUNAN: POLIS AKAN PANGGIL SEMUA YANG BERKENAAN - ISMAIL OMAR



KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Polis akan memanggil semua yang berkenaan termasuk pemimpin parti politik bagi memberi keterangan berhubung perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor, Rabu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata siasatan dijalankan kerana perhimpunan itu diadakan tanpa kebenaran selain unsur-unsur lain yang menyalahi undang-undang.

"Siasatan sedang dijalankan dan tunggulah, kita akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Perhimpunan haram yang disertai pemimpin parti pembangkang itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana ucapan berbaur hasutan dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana diadakan tanpa permit.

Perhimpunan itu bertujuan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu yang didakwa parti pembangkang sebagai mempunyai unsur-unsur penipuan.

Mengulas lanjut, Ismail berkata proses pilihan raya umum itu berjalan mengikut amalan demokrasi.

 "Rakyat telah membuat keputusan jadi janganlah mana-mana pihak nak ambil kesempatan ini untuk lakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan keadaan," katanya.

Ismail turut meminta semua lapisan masyarakat agar tidak bercakap, menulis atau mengeluarkan pandangan yang berbentuk negatif yang boleh merosakkan perpaduan.

"Janganlah cetuskan provokasi yang boleh merosakkan ketenteraman awam dan menakutkan orang ramai," katanya. -BERNAMA


Polis nafi keluar surat kebenaran perhimpunan Rabu lalu!!!




 PETALING JAYA, JUMAAT, 10 Mei, 2013: Polis tidak mengeluarkan surat kebenaran untuk perhimpunan di Kelana Jaya pada Rabu lalu, sebaliknya hanya mengeluarkan surat jawapan balas agar penganjur menunda perhimpunan itu ke tarikh lain.

 Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed yang menjelaskan perkara itu hari ini, menafikan dakwaan yang disebar menerusi media sosial bahawa perhimpunan tersebut mendapat kebenaran polis.

 "Surat yang tersebar itu adalah surat permohonan mengadakan perhimpunan oleh pihak penganjur yang ditandatangani Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

 "Saya tidak menandatangani sebarang surat kebenaran penganjuran perhimpunan berkenaan sebaliknya hanya mengeluarkan surat jawapan balas meminta agar pihak penganjur menunda tarikh perhimpunan.

 "Surat jawapan balas itu dikeluarkan memandangkan penganjur memberikan notis singkat iaitu pada jam 12.20 tengah hari, hari yang sama perhimpunan diadakan," katanya pada idang media di sini.

Katanya, polis meminta mereka menangguhkan perhimpunan bagi membolehkan polis mempunyai masa yang cukup untuk membuat persediaan termasuk penugasan anggota dan hebahan kepada orang ramai.

 "Kegagalan pihak penganjur mengemukakan notis awal 10 hari itu juga menyebabkan pihak saya tidak dapat berbincang dengan penganjur dari segi penggunaan laluan termasuk kawasan parkir. Kita juga tidak dapat memberikan notis makluman awal kepada orang awam dan peniaga untuk mendapatkan maklum balas," katanya.

 Walaupun begitu, Arjunaidi berkata pihaknya masih menugaskan beberapa anggota di kawasan strategik untuk mengawal lalu lintas di sekitar stadium itu.

 "Namun kesesakan lalu lintas tetap berlaku memandangkan jumlah kenderaan masuk terlalu banyak melebihi kemampuan infrastruktur yang ada," katanya menambah polis menerima banyak panggilan dan aduan orang awam termasuk menerusi media sosial mengenai kesesakan lalu lintas yang teruk di situ.

 Mengenai dakwaan sesetengah pihak yang disebar menerusi media sosial bahawa Stadium MBPJ Kelana Jaya telah digazet sebagai tempat perhimpunan, beliau menegaskan tidak ada lokasi telah digazetkan untuk tujuan itu di negara ini.

 "Stadium tersebut tidak digazetkan untuk mengadakan perhimpunan... yang boleh menggazetkan sesuatu tempat hanya menteri dan bukannya kerajaan negeri apatah lagi mana-mana pihak yang lain," katanya.

 Arjunaidi berkata siasatan berhubung laporan polis mengenai perhimpunan itu dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Perhimpunan haram itu yang disertai pemimpin parti pembangkang kononnya bertujuan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13, Ahad lepas yang didakwa mereka mempunyai unsur penipuan. - BERNAMA

Thursday, May 9, 2013

BLACK OUT TIPU MUSLIHAT POLITIK PAKATAN RAKYAT!!!








Tahukah anda….Sebuah video parodi ‘The Magical Blackout’ dimuat naik pada hari yang sama pilihan raya umum ke-13 berlangsung (5 Mei 2013).

Video itu menunjukkan beberapa situasi di mana sesuatu perkara itu boleh berubah apabila berlakunya ‘blackout’.

Itu adalah sindiran kononnya semasa pengiraan undi, DAP sedang menang, kemudian berlaku blackout dan secara tiba-tiba BN pula menang di beberapa tempat.

Kejadian blackout berlaku pada malam 5 Mei…dan pada malam itu juga The Magical Blackout muncul di Youtube.

 Bayangkan, bagaimana sebuah video parodi sebegitu boleh siap dirakam, diedit dan dimuat naik dalam setengah jam selepas kejadian blackout berlaku?

Mudah sahaja…kejadian blackout sudah dirancang puak DAP. Sebab itu mereka telah bersedia dengan sebuah video parodi khusus untuk memperlihatkan kerajaan menggunakan taktik balckout untuk menipu undi.

 Kalau parodi itu keluar tengah hari 6 Mei…lojik jugak…ini kurang setengah jam kejadian dah ada. 

Cepatnya tahu…

Selain parodi blackout yang sudah disediakan begitu awal… tindak tanduk ejen pengundian DAP juga agak pelik.

Berikut adalah perbualan beberapa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan orang awam yang merasa hairan dengan sikap dan perbuatan beberapa ahli dan ejen pengundian DAP di pusat-pusat penjumlahan undi.

 “…yang tak tahan tu, siap agen DAP bawa masuk lampu kecemasan tu, dia kata takut blackout. Paranoid betul la.

 “Tak logik. Agen DAP dekat tempat saya yang jaga undi dah diberi lampu standby dari kroni-koni deorang (mereka). Sebelum pukul 5, mereka dah dapat lampu standby.

“Kami petugas pun tertanya-tanya kenapa hantar lampu. Mereka ‘on’ lampu sampai kami habis kira undi, padahal lampu dalam kelas terang benderang.

 “Mana mereka tau masa kira undi akan blackout?

 “Pelik gak kan kenapa mereka bawa lampur extra. Tapi takde blackout la dekat tempat saya jadi agen. Sebab time tu dia dah tau dia confirm menang.

Itulah beberapa petikan perbualan petugas-petugas SPR menerusi laman sosial Facebook.
 
Kalau puak-puak DAP ni tak tahu akan blackout, macam mana boleh dari pukul 5 petang dah sediakan lampu kecemasan.

Petugas SPR dan petugas TNB pun tak tahu akan berlaku blackout.

Kerajaan menipu dalam PRU-13- Itulah idea yang sedang giat dimainkan cybertroper DAP.

Dan itulah propaganda pihak pembangkang pada hari ini yang mengecam keputusan PRU13.

Namun, sangat jelas video tersebut telah dirakamkan lebih awal dan dimuat naik pada hari pilihan raya. Blackout adalah agenda yang dirancang cybertroper DAP dan parti itu sejak awal lagi. Sebab itu sebuah parodi khusus dibuat awal.

Cuma kesilapan cybertroper DAP ialah mereka rakus dan memuat naik klip berkenaan terlalu pantas.

Dan kenapa mereka buat demikian? Mudah…Kerana mahu memburukkan kerajaan Barisan Nasional serta ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Satu muslihat yang dibawa oleh pihak DAP yang tidak dapat menerima kekalahan mereka di sesetengah tempat.

Bagi menutup kekalahan mereka, mereka telah merancang lebih awal untuk mengaburi mata rakyat yang menunjukkan buruk BN dan SPR.

Apa pun, syabas kepada cybertroper DAP yang berjaya menghasilkan sebuah video parodi ‘pada masa yang sama’ ketika proses pengiraan undi dilakukan.

Kepada anda fikir-fikirkan…itu baru satu…belum masuk penipuan lain yang dimainkan cybertroper seperti puluhan ribu warga Bangladesh dibawa masuk dan (yang paling kelakar) beg undi dibuang SPR dari helikopter.



RAJUK Azmin Makin Menjadi-Jadi BUKTI Pakatan Memang HAPRAK !!!



 Dari semalam lagi mamat ni dok buat merajuk dah..Lebih menghairankan apabila si Azmin ni langsung tak hadir dalam himpunan di stadium Kelanajaya.Huih pelik orang kuat tak turun ni !! Merajuk apa lagi Azmin ? Anwar dah bagi macam-macam dah ... Nak apa lagi ? Timbalan Presiden PKR Azmin Ali semalam memulau perhimpunan Pakatan Rakyat untuk menolak keputusan PRU 13 dan sebaliknya mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengamalkan “politik melampau.” Dalam mesej tweetnya, Azmin menggesa Anwar supaya bermuhasabah dalam menilai kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.


 


 “Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor. Azmin menggesa Anwar untuk menerima keputusan yang sudah dibuat oleh rakyat demi kepentingan dan masa depan negara.

 “Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara,” tambah Azmin. “

Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal,” katanya. “Gagal ke Putrajaya. Salah siapa?

Ikuti penjelasan dalam masa terdekat,” kata Azmin dalam tweetnya. Azmin dijadual mengadakan sidang akhbar pada Jumaat ini. Kecaman terbuka Azmin terhadap Anwar berikutan desas-desus beliau dilaporkan bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PKR Selangor. Turut bersetuju berbuat demikian adalah timbalan Azmin, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR.

 Mereka dilapor melahirkan hasrat itu selepas Anwar menolak usul PKR Selangor supaya calon lain dan bukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipilih sebagai Menteri Besar Selangor.Baca Selanjutnya Setakat ini Anwar belum mengumumkan keputusan siapa akan menerajui Selangor. Zuraida memberitahu Antarapos, beliau menolak sebarang campurtangan DAP dan PAS dalam memberi sokongan kepada Khalid untuk terus memegang jawatan itu.antarapos Ohh nak jawatan !!

Patutlah merajuk bagai , tapi si Azmin ni pandai dia tau Anwar pasti akan mengalah dengan rajuk dia tu..Ampa tunggu tengoklah lepas ni silap-silap cium molot terus !! Macam mana yang kata Pakatan Haprak ni bagus sangat sampai perkara semacam ni pun berlaku ! Ampa tau ka semalam dalam himpunan tu sapa lagi yang tak hadir ??? Cuba chek tengok...