Saturday, May 18, 2013

ADAM ADLI DITAHAN DIBAWAH AKTAR HASUTAN...


KUALA LUMPUR 18 MEI : Aktivis mahasiswa Adam Adli ditahan di bawah Seksyen 4(1)c Akta Hasutan di Bangsar Utama, hari ini.

Menulis di twitternya petang ini, Adam memaklumkan beliau kini berada di Balai Polis Jinjang. 

Menurut seorang saksi mata, Adam ditahan oleh lebih 10 anggota polis berpakaian biasa di hadapan sebuah kedai runcit di Bangsar Utama.

Beliau kemudiannya dibawa dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda kira-kira jam 3.30 petang.

Adam dipercayai ditahan berhubung kenyataan yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei lalu.

Sementara itu, beberapa kumpulan aktivis hak asasi dan mahasiswa merancang untuk mengadakan nyalaan lilin di hadapan Balai Polis Jinjang jam 8 malam ini.


Bakal Banduan:Adam Adli Ditahan Dibawah Aktar Hasutan!!!


Adalah dimaklumkan bahawa Mahasiswa yang digantung dari Pengajian, Adam Adli kini telah ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia dibawah Sekyen 124, Akta Hasutan.

Kami rakyat Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PDRM dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi diatas tindakan tegas ini. Sudah tiba masanya TINDAKAN dilakukan setelah banyak AMARAN DIKELUARKAN.

Rakyat telah membuat pilihan, dan ALLAH telah mentakdirkan. Maka yang ditakdirkan HARUS MENGAMBIL TINDAKAN DEMI MENJAGA KEAMANAN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA! -


Kalau Dah Gila Jawatan Jangan Heret Rakyat Juga Sama Jadi “Gila”

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melengkapkan teraju jentera pentadbirannya dengan pelantikan anggota kabinet dan mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Yang DiPertuan Agung bagi meneruskan kesinambungan pentadbiran negara ini sedangkan dalam masa yang sama ketua pembangkang masih bersikap tidak karuan.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul menganggap tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih enggan mengiktiraf kemenangan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah umpama ‘orang gila’.

“Apa lagi yang boleh kita katakan kepada beliau kerana sikapnya menunjukkan beliau dah gila nak jadi Perdana Menteri pada hal semua pihak sudah mengiktiraf kemenangan PRU13 berpihak kepada BN malah Presiden Amerika Syarikat sendiri pun dah nyatakan tahniah kepada Perdana Menteri kita.

“Kalau dah gila jawatan jangan pula cuba heret rakyat jadi gila seperti dia,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau yang memenangi kerusi Parlimen Pendang berjaya menafikan ‘kubu kuat Pas’ dengan mengalahkan Timbalan Presiden parti terbabit iaitu Mohamad Sabu dengan majoriti 2,638 undi.

“Apa tujuan Anwar Ibrahim enggan mengiktiraf kemenangan BN. Dah kalah, kalahlah… apa lagi? Adakah dengan mengadakan demonstrasi dan perhimpunan jalanan akan dapat menafikan kemenangan BN dalam PRU13?”

“PRU13 dilaksanakan dengan telus sebagaimana demokrasi berparlimen dijalankan. Ini keputusan demokrasi dan sesiapa saja mesti terima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat,” tegasnya.

Katanya, jika benar berlaku penipuan dan penyelewengan dalam PRU13 sebagaimana yang didakwa oleh pembangkang maka mereka sepatutnya mengumpul sebanyak mungkin bukti dan melantik peguam terbaik dengan menggunakan saluran undang-undang untuk mengemukakan bantahan menerusi petisyen di mahkamah.

“Jika mereka berniat baik, sayangkan negara serta mahu mencabar keputusan PRU13 maka lakukan ikut saluran yang ada, kita lawan di mahkamah berdasarkan kepada bukti-bukti dan bukannya dengan mengheret rakyat dalam himpunan haram.”

Tegas beliau lagi, cara demokrasi yang sebenar adalah dengan mengikut saluran yang disediakan dan bukannya menghasut orang ramai terutama golongan muda turun ke jalanan dan berhimpun secara haram sebagaimana dimulakan di stadium di Kelana Jaya yang kemudiannya menular ke seleuruh negara, kononnya membantah keputusan PRU13.

“Rakyat dah jemu dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang kerana masyarakat hari ini cintakan keamanan dan kesejahteraan.” – MediaUMNO

BN Perlu Utamakan Negeri Yang Dimenangi

PRU-13 sudah dua minggu berlalu dan BN yang kembali menerajui Kerajaan Pusat telah pun menamakan anggota kabinetnya, sementara setiap negeri baik yang dimenangi BN mahu pun pakatan pembangkang juga sudah selesai upacara angkat sumpah Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Itu menandakan masing-masing samada dari pihak BN atau pun PR telah pun menerima keputusan PRU-13, sekali gus menutup suara sumbang segelintir pihak yang mempertikaikan ketelusan proses pilihan raya yang diuruskan oleh SPR.

Di sebalik semua itu, kini tibalah saatnya di mana pihak yang menang di kawasan masing-masing fokus untuk berkhidmat kepada rakyat yang memberi kepercayaan kepada mereka sementara pihak yang kalah pula daripada terus menyalahkan orang lain adalah lebih baik memperbaiki kelemahan sendiri.

Bila bercakap perihal kemenangan, kita tidak boleh menolak faktor dukungan penyokong sebagai ramuan penting kejayaan sesebuah parti politik. Oleh itu amat penting untuk mengekalkan kemenangan maka khidmat bakti perlu diutamakan dahulu kepada penyokong sendiri.

Lantaran itu, BN selaku pemenang PRU-13 yang diamanahkan untuk kembali menerajui Kerajaan Pusat serta menggalas tugas memerintah sebahagian besar negeri-negeri teramat perlu untuk berusaha sedaya mungkin memenuhi pengharapan para penyokongnya sepanjang lima tahun mendatang ini.

Biarkan sahaja kawasan yang dimenangi pakatan pembangkang diuruskan sendiri oleh wakilnya kerana itu yang majoriti pengundi di kawasan itu kehendaki. Namun dalam soal kebajikan dan khidmat asas sebagaimana peruntukan dalam Perlembagaan boleh saja diteruskan.

Dengan cara ini barulah para pengundi di sesebuah kawasan atau negeri dapat mengenal pasti sejauh mana kemampuan wakil yang dipilihnya.

Polisi BN selama ini memberi khidmat untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira siapa yang disokong oleh seseorang itu amatlah terpuji, tapi adakah ia dihargai oleh semua?

Dilihat pada keputusan PRU-13 yang lalu jelas menunjukkan masih ada sesetengah pengundi yang merasakan pemimpin pembangkang boleh memberi khidmat yang lebih baik untuk mereka meskipun realitinya hanya indah khabar dari rupa.

Justeru itu, apa lagi perlunya untuk BN mengekalkan polisi yang sama berkhidmat untuk semua?

Bukankah lebih baik BN melakukan sedikit anjakan paradigma dengan mengutamakan dulu khidmatnya di kawasan atau negeri-negeri yang dimenangi sebagai tanda penghargaan di atas sokongan yang diterima.


umno online

Ketepi Fahaman Politik Majukan Kedah – Mukhriz

JERLUN, 17 Mei – Rakyat Kedah diseru supaya melupakan sengketa yang mungkin tercetus semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) untuk sama-sama membangunkan negeri.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meminta mereka agar mengenepikan fahaman politik masing-masing bagi berbuat demikian.

“Pelbagai polemik dan pecah belah dalam masyarakat telah berlaku sebelum ini kerana politik telah menjadi perkara harian yang sering dibincangkan sama ada di kalangan rakyat mahupun di media massa.

“Saya pohon supaya letak tepi buat sementara isu politik supaya kita dapat bersama-sama pulihkan keadaan dan waktu ini kita gunakan untuk pupuk perpaduan tak kira apa juga fahaman politik.

“Kini masanya untuk hulurkan tangan persaudaraan untuk kita bersatu. Negara membangun apabila rakyat majmuk pelbagai kaum bersatu dan kerajaan akan dapat jalankan tugas dengan penuh amanah tanpa perlu bimbang apa-apa,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional pada PRU-13, di sini, Jumaat.

Mukhriz berkata untuk membawa Kedah ke tahap yang sama dengan negeri maju yang lain memerlukan kerjasama semua pihak bagi memudahkan projek pembangunan di negeri ini dilaksanakan.

Beliau berkata Kedah sudah agak lama tercicir dari arus pembangunan negara, justeru banyak perkara perlu dilakukan bagi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah negeri yang maju seiring dengan hasrat kerajaan pusat.

“Saya mohon rakan-rakan daripada parti pembangkang bersama bangunkan negeri ini, kita lakukan yang terbaik dan kerjasama semua pihak amat diperlukan.

“Mungkin ada yang akan berfikir bahawa perkara ini adalah mustahil, Kedah takkan maju, takkan mampu majukan Kedah, tapi percayalah tidak ada yang mustahil selagi kita fikirkan inilah masanya untuk melakar masa depan yang lebih cerah,” katanya.

Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak sekiranya terdapat kekasaran yang dilakukan tanpa disedarinya terutama sepanjang tempoh berkempen.

Lebih 5,000 rakyat di sekitar kawasan Parlimen Jerlun khususnya Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam menghadiri majlis tersebut yang diadakan khas untuk rakyat di DUN berkenaan.

Yang turut hadir isteri Mukhriz, Datin Norzieta Zakaria, Anggota Parlimen Jerlun Datuk Othman Aziz dan Adun Kota Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif.

umno online.

Friday, May 17, 2013

Anwar Bakal Hadapi Tali Gantung Isu Lahad Datu???



Pilihan Raya Umum ke 13 sudah pun tamat lebih seminggu, poster-poster pun sudah mula tidak kelihatan di jalan-jalan raya dan tempat awam namun tinggal seorang lagi individu yang masih terus berkempen iaitu Anwar Ibrahim.

Sementara kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kelantan di bawah pemnbangkang sudah mula menjalankan tugas untuk tempoh lima tahun akan datang, lain pula irama politik yang didendangkan oleh Anwar seolah-seolah baginya PRU13 masih belum selesai.

Tidak mahu menerima realiti bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 telah memihak kepada Barisan Nasional, Anwar terus mengadakan jelajah politik atau 'roadshow' yang melemparkan pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap keputusan PRU13.

Sasarannya ialah Suruhanjaya Pilihan Raya yang didakwanya menipu di 27 kawasan parlimen yang sepatutnya dimenangi pembangkang. SPR mengumumkan keputusan pilihan raya yang baru selesai 5 Mei lalu akan diwartakan pada bulan ini.

Setelah ini dilakukan sekiranya mana-mana pihak termasuk pembangkang yang tidak berpuas hati atas terhadap keputusan pilihan raya bolehlah membawa aduan mereka melalui proses petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah.

Ini adalah proses lumrah yang telah berjalan tanpa sebarang cacat celanya sejak pilihan raya umum pertama negara pada tahun 1959. Jika mana-mana calon mewakili mana-mana parti politik merasakan terdapat unsur penipuan berhubung mana-mana aspek perjalanan pilihan raya dan mempunyai bukti bahawa kekalahannya disumbang oleh sesuatu penyelewengan tersebut, maka ia mempunyai hak di bawah Perlembagaan untuk mengemukakan rayuan atau petisyen terhadap calon yang diisytiharkan menang.

Mahkamahlah yang menentukan samada sesuatu petisyen itu mempunyai asas atau sebaliknya. Jika benar penyelewengan telah berlaku dan seseorang calon telah kalah disebabkan kepincangan tersebut, mahkamah boleh memutuskan spaya pilihan raya baru di adakan semula bagi kawasan terbabit.

Jika sebaliknya berlaku, petisyen tersebut akan ditolak dan mahkamah akan mengekalkan keputusan kemenangan yang diperolehi calon berkenaan. Bagaimanapun amat pelik sekali apabila Anwar memilih untuk mempersoalkan keputusan SPR bilamana badan itu belum lagi menggazetkan keputusan pilihan raya seperti yang dikehendaki undang-undang.

Seolah-olah Anwar mahu mendahului SPR dan pihak mahkamah apabila mendakwa PRU13 merupakan ibu kepada segala penipuan di dalam PRU negara ini. Oleh kerana beliau mendakwa demikian maka pada pandangannya seluruh rakyat Malaysia juga harus berdiri teguh menyokongnya.

Maka diheretnya ribuan penyokong pembangkang ke Stadium Kelana Jaya, Selangor dan kemudiannya Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang. Sehingga kini Anwar melalak terlolong keseorangan diri untuk menegakkan satu perjuangan yang bersendikan agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri.

Mungkin juga taktik Anwar membuat bising di seluruh pelusuk negara dengan cerita dongeng dan hikayat palsunya sebagai satu helah untuk mengalihkan sesuatu isu yang lebih besar mendepaninya. 

Sepertinya yang diumumkan oleh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pilihan raya, kerajaan telah pun mengemukakan siasatan lengkap berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada Februari lalu kepada Peguam Negara.

Katanya kerajaan telah mengenal pasti tiga individu yang dikaitkan dengan parti pembangkang yang terlibat secara langsung sebagai dalang dalam perancangan pencerobohan tersebut. Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti ketiga-tiga pemimpin pembangkang tersebut.

Identiti mereka sebaliknya telah didedahkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Anwar beserta Tian Chua dan R. Sivarasa adalah tiga pemimpin PKR yang telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan pemimpin pengganas Sulu dengan bertujuan mewujudkan keadaan darurat di Sabah menjelang PRU13.

Anwar, Tian Chua dan Sivarasa yakin mereka akan didakwa bila-bila masa sahaja oleh pihak Peguam Negara. Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu itu yang dikategorikan sebagai satu pengkhianatan kepada negara, Anwar menggunakan isu keputusan pilihan raya sebagai alasan atau 'decoy'.

Menurut sumber, Anwar dan dua orang kuncunya kemungkinan besar akan dibawa ke muka pengadilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas kesalahan menentang Perlembagaan dan mengisytiharkan perang terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Sabit kesalahan membawa hukuman mati sebagaimana hukuman yang sama telah dijatuhkan ke atas pemimpin kumpulan militan Al Maunah, Mohamed Amin Mohamed Razali yang digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menyerang kem tentera di Kampung Jenalek, Grik, Perak.


Wallahu a’lam...


SUMBER:http://azmykelanajaya.blogspot.com

Lahat Datu:3 Orang Pemimpin Pakatan Rakyat Akan Didakwa!!!




Anwar bakal berdepan dengan dakwaan yang maha berat. Insiden Lahad Datu, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa diberitakan ada terlibat secara langsung sebagai perancang ?!!

Anwar cuba alihkan perhatian rakyat..cuba dapatkan sokongan sebanyak mana yang mungkin..untuk APA ? supaya senang bila dia di bawa ke Mahkamah..maka Anwar akan buat dan bawa lagi sekali kera-kera dan anjing-anjing dalam jagaannya untuk buat huru hara depan Mahkamah..dan Mahkamah akan buat keputusan kononnya menyebelahi beliau !!

Mungkin juga taktik Anwar membuat bising di seluruh pelusuk negara dengan cerita dongeng dan hikayat palsunya sebagai satu helah untuk mengalihkan sesuatu isu yang lebih besar mendepaninya. 

Sepertinya yang diumumkan oleh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pilihan raya, kerajaan telah pun mengemukakan siasatan lengkap berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada Februari lalu kepada Peguam Negara.

Katanya kerajaan telah mengenal pasti tiga individu yang dikaitkan dengan parti pembangkang yang terlibat secara langsung sebagai dalang dalam perancangan pencerobohan tersebut. Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti ketiga-tiga pemimpin pembangkang tersebut.

Identiti mereka sebaliknya telah didedahkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Anwar beserta Tian Chua dan R. Sivarasa adalah tiga pemimpin PKR yang telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan pemimpin pengganas Sulu dengan bertujuan mewujudkan keadaan darurat di Sabah menjelang PRU13.

Anwar, Tian Chua dan Sivarasa yakin mereka akan didakwa bila-bila masa sahaja oleh pihak Peguam Negara. Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu itu yang dikategorikan sebagai satu pengkhianatan kepada negara, Anwar menggunakan isu keputusan pilihan raya sebagai alasan atau 'decoy'.

Menurut sumber, Anwar dan dua orang kuncunya kemungkinan besar akan dibawa ke muka pengadilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas kesalahan menentang Perlembagaan dan mengisytiharkan perang terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Sabit kesalahan membawa hukuman mati sebagaimana hukuman yang sama telah dijatuhkan ke atas pemimpin kumpulan militan Al Maunah, Mohamed Amin Mohamed Razali yang digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menyerang kem tentera di Kampung Jenalek, Grik, Perak.-

Wallahu a’lam...


 sumber:http://azmykelanajaya.blogspot.com

LIM GUANG ENG MERAH TELINGA BILA DITEGUR....


Baru saje kena provoke sikit dah nak meroyan!!! Memang sah Ketua Menteri Cina DAP nie tak boleh ditegur dan melompat sakan. Cuit sikit pun dah marah... Kalau nak diikutkan marah BN boleh buat macam-macam pada LGE nie. Tapi Cepat jugak LGE merah telinga bila ditegur.

LGE dalam satu twitnya, bertanya sekiranya penyokong Pakatan Rakyat (PR) terpaksa berhijrah kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) , adakah penyokong BN akan meninggalkan negeri-negeri yang berjaya ditawan oleh BN.

Perhimpunan haram yang dianjurkan PR di seluruh negara adalah seperti lari dari kenyataan dan penafian kepada hakikat kegagalan memperoleh Putrajaya.

Malaysia mewarisi sistem politik daripada United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem first past the post yang mana parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah.

Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.

Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini, mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.-

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=611275432218463&set=a.308676682478341.85496.308257822520227&type=1&theater



DAP:DOG AND PIG

Aku janji:Harga Kereta Akan Diturunkan Secara Berperingkat

Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan aku janji yang dibuat Barisan Nasional, BN pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.

Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu turut menjelaskan kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.

MAS Tolak Dakwaan Bawa Pengundi Hantu

Malaysia Airlines, MAS membawa 6,553 penumpang menggunakan 57 penerbangan sewa khas komersil sepanjang tempoh 2 hingga 4 Mei dan 6 hingga 8 Mei lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata semua penumpang adalah rakyat Malaysia yang mengemukakan kad pengenalan semasa daftar masuk. 

Syarikat penerbangan itu menolak dakwaan bahawa ia membawa pengundi hantu pada pilihan raya umum ke-13.

MAS ujarnya, sentiasa menjadi syarikat penerbangan berintegriti dan tidak akan bertolak ansur terhadap dakwaan tidak berasas.

Penerbangan dua hala itu dari Kuala Lumpur ke empat destinasi iaitu Kota Kinabalu, Sandakan, Kuching, Sibu serta pengundi dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur.

MAS mengadakan penerbangan sewa khas komersil untuk membawa pengundi pulang supaya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi selain memainkan peranan sebagai syarikat korporat bertanggungjawab dengan memperkenalkan tambang istimewa.

MB KELANTAN BUAT ANWAR PANAS TELINGA!!!

KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyambut baik pasukan Kabinet baru 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dua hari lalu.

Selain itu, Ahmad turut menggesa Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan yang mengkategorikan tiga perihal utama iaitu senarai persekutuan, negeri dan bersama, perlu terus dihormati untuk kebaikan semua pihak khususnya rakyat Kelantan.

Ahmad berkata, beliau turut menyokong kenyataan perdana menteri yang dilihat mempunyai hak untuk memilih sesiapa sahaja menganggotai Kabinet beliau sesuai dengan peruntukan di bawah Perkara 43 (2) (B) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya menyambut baik kenyataan perdana menteri yang menyebut bahawa Kabinet baru ini sebagai satu transformasi kerana apa yang paling penting tentunya transformasi sikap dan mentaliti, bukan hanya menggantikan wajah lama sahaja.

“Saya juga berharap agar pasukan baru ini dapat 'mewajahkan' semula kerjasama di antara kerajaan Kelantan dan Pusat sesuai dengan semangat federalisme yang termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya menerusi kenyataan media semalam.

HOT : RAHSIA ANWAR BERSAMA SUARAM TERBONGKAR...


Pakatan Pembangkang kini dilihat cuba berselindung disebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengerakkan usaha demonstrasi secara besar-besaran bertujuan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah pada Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, pembangkang tidak perlu berselindung di sebalik NGO untuk melaksanakan agenda menjatuhkan kerajaan, kerana umum sudah mengetahui bahawa NGO-NGO tersebut adalah terdiri daripada orang-orang mereka sendiri.

“Kita tahu bahawa mereka cuba untuk menggunakan NGO bagi menjayakan matlamatnya untuk menjatuhkan kerajaan. Pakatan mendakwa bahawa NGO-NGO tersebut terdiri daripada rakyat Malaysia yang non partisan tetapi sebenarnya, mereka adalah ahli-ahli dan penyokong mereka.

“Jadi, apa yang jelas,mereka (pembangkang) menggunakan NGO untuk memperlihatkan seolah-olah mereka mendapat sokongan padu dari rakyat. Sedangkan, NGO-NGO yang terlibat itu merupakan orang-orang mereka juga tetapi cuba diperlihatkan atas gerakan rakyat Malaysia,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, penggunaan NGO-NGO dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan ini sememangnya telah lama berlaku di luar negara dan ianya ternyata ditaja oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

“Kita tidak dapat nafikan, kemungkinan wujudnya tangan-tangan ghaib yang memberikan bantuan kepada NGO-NGO yang didalangi oleh Pakatan Pembangkang. Ini berdasarkan beberapa laporan baik dari akhbar media perdana, akhbar luar negara dan termasuklah akhbar milik pembangkang sendiri.

“Justeru itu, rakyat di negara ini harus sedar dan jangan terpengaruh dengan hasutan dan fitnah pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, yang telah dipilih secara sah melalui sistem demokrasi,” jelasnya.

Tambahnya, sekiranya rakyat terpengaruh dengan bertindak menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan ala ‘Arab Spring’, kemungkinan selepas itu keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini akan hancur dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

“Kita lihat contoh di Mesir, di mana selepas kerajaan Hosni Mubarak digulingkan, kini kerajaan yang dipimpin oleh Morsyi juga mengalami nasib yang sama. Jika dulu beliau antara yang menyokong kaedah ‘arab spring’ untuk menjatuhkan kerajaan, hari ini kaedah yang sama digunakan untuk memberi tekanan kepada beliau.

“Sebab itu, jangan kita ajar rakyat untuk menggunakan cara yang salah bagi memilih kerajaan. Jika kita ajar rakyat menjatuhkan kerajaan dengan kaedah demonstrasi jalanan, ia tidak akan berhenti di situ saja dan akan berterusan tidak kira siapa pun yang memerintah.

“Akibatnya, segala kenikmatan, keharmonian dan pembangunan baik dari sudut sosial dan ekonomi akan hancur dan rakyat juga yang akan menderita akhirnya,” ujarnya. -MediaUMNO 

Wallahu a’lam...

khairy jamaluddin;Ini kementerian belia, bukan kementerian belia BN


Setelah terlepas peluang memasuki kabinet sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan yang baru Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan hasratnya untuk menjadi menteri untuk rakyat Malaysia dan bukan "menteri BN" semata-mata.

Justeru, katanya, beliau akan mendapatkan idea pelbagai pihak, termasuk daripada sayap Pemuda pembangkang dalam agenda kementeriannya untuk menyahut seruan national reconciliation (kerukunan nasional) perdana menteri. "Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi.

Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog. "Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya, apa idea kamu,dan apa jangkaan kamu.

Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation.

Thursday, May 16, 2013

cara lim kit siang menpergaruhi pemikiran orang malayu!!!


Pihak kami telah berjaya mengesan beberapa strategi yang akan dilancar oleh Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah yang antaranya adalah seperti berikut;

1. Mempengaruhi orang-orang Melayu menerima DAP dengan cara memberi sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di sekitar pekan Gelang Patah dan kampung-kampung sekitarnya. Mereka menganggap dengan cara ini akan membuatkan perasaan marah orang Melayu terhadap DAP akan menjadi kendur.

2. Mewujudkan banyak kedai runcit yang dijamin lebih murah daripada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang mereka akan namakan sebagai Kedai Rakyat. Kedai rakyat ini akan dimonopoli oleh oarng-orang cina.

3. Menarik anak-anak muda Melayu menyertai DAP dengan tawaran wang ringgit. Mereka telah mulakannya dengan memberi wang RM100 dengan memakai baju t-shirt yang ada lakaran gambar Lim Kit Siang seramai 100 orang anak Melayu.

4. Melantik Ketua Pemuda DAP Bahagian Gelang patah dan beberapa jawatan kuasanya dikalangan anak-anak muda Melayu. Cara ini akan membuatkan pertelagahan yang besar dikalangan Melayu Gelang Patah iaitu antara Ketua Pemuda UMNO, PAS dan DAP.

5. Mewujudkan ramai agen DAP dikalangan anak-anak muda Melayu dengan menawarkan ganjaran wang yang besar kepada mereka. Agen-agen ini akan menyebarkan cerita2 tentang kebaikan Lim Kit Siang untuk mempengaruhi minda orang-orang Melayu di pekan dan kampung-kampung di Gelang Patah supaya percaya dan sayang kepada DAP.

6. Mengumpulkan beberapa anak muda Melayu yang mahir dalam ICT untuk mewujudkan satu pasukan khas seperti Red Bean Army untuk perang saraf di Parlimen Gelang Patah. DAP tidak akan gunakan mereka di kalangan ahli Pas lagi. Kumpulan anak muda ini akan berada terus di bawah DAP.

7. Mewujudkan golongan pemikir dari Singpura yang akan memantu setiap perkembangan di Parlimen Gelang Patah dan mereka akan merangka strategi untuk dilaksanakan oleh Lim Kit Siang untuk terus DAP mencengkam kemenangan di Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang manakala Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen lain pula. Strategi ini bagi memastikan pertambahan kemenangan kerusi Parlimen buat DAP.

Perlu diingat, ketika ini Lim Kit Siang sedang sibuk meracau mengadakan ceramah bersama Anwar Ibrahim ke seluruh Negara.

Selepas ini Kit Siang, Dr. Bo dan Salahudin Ayub akan tumpukan perhatian sepenuhnya untuk melancarkan beberapa strategi di Parlimen Gelang Patah.

Saya berpendapat Wakil Rakyat DUN Nusajaya perlukan bantuan yang komprehensif daripada peringkat BN Negeri mahupun Pusat untuk berhadapan dengan mereka dan agen-agen yang akan mereka wujudkan.

In Sha Allah, pihak Johor Bangkit bersama rakan di Gelang Patah akan membantu apa yang terdaya.

Mohon raka-rakan FB yang dimuliakan di sini dapat memanjangkan doa ke hadrat Allat agar ADUN Nusajaya sentiasa diberi kekuatan dan otak yang cerdas serta kesihatan yang baik menghadapi tentera-tentera kafirun dan talibarutnya.

Tolong share dan sebarkannya kepada Saudara-Saudara Islam kita yang lain supaya tidak mudah terpengaruh dengan habuan yang ditawarkan oleh Lim kit Siang dan koncu-koncunya. 

INGAT.....LIM KIT SIANG GUNAKAN WANG RINGGIT SEBAGAI HABUAN UNTUK MENUNDUKKAN ORANG-ORANG MELAYU......INI SATU PENGHINAAN YANG WAJIB KITA ELAKKAN.

KARPAL SINGH BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR !!!


Kuala Lumpur: Pengerusi DAP, Karpal Singh membantah rancangan kumpulan propembangkang yang mahu menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.

Katanya, sebarang rancangan untuk menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan hanya akan membawa kemudaratan kepada negara dan mencetuskan kekecohan sehingga membahayakan orang ramai. Sebaliknya, Karpal menyarankan pihak berkenaan untuk menggunakan saluran yang betul bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Pilihan Raya ke-13 (PRU-13).

Beliau mengulas kenyataan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim, yang mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan atas alasan proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini tidak telus.

“Apa yang dinyatakan oleh beliau (Haris Ibrahim) adalah serius, ia bukan satu saluran yang sesuai untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

“Walaupun ada banyak persoalan yang timbul dalam PRU-13... pelbagai perkara terjadi, namun ada jalan sesuai boleh digunakan iaitu membawa perkara dalam pertikaian ke mahkamah,” katanya kepada BH.

Sebuah portal berita, kelmarin, memetik Haris sebagai berkata mereka akan menggulingkan kerajaan dengan mengadakan perhimpunan jalanan besar-besaran yang dijadualkan seawal Jumaat atau Sabtu ini. Karpal berkata, demonstrasi jalanan secara tidak langsung akan mencetuskan kekecohan walaupun ia dianjurkan dengan aman.

“Macam mana mahu jatuhkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi jalanan? DAP menentang sebarang tindakan yang boleh mencetuskan kekecohan,” katanya.

Terdahulu, Karpal Singh membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee di sini terhadap kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dalam satu forum ‘Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah’ dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di sini, Ahad lalu.

Anuwar kumpul bukti penipuan SPR dan serahkannya kepada Barack Obama?



Tak sangka. HP ingatkan Si Ketua Penipu tu tak ambik pusing mengenai panggilan telefon Presiden Amerika kepada Datuk Seri Najib sebelum ini. Ingatkan insiden tu tak de la memberikan apa - apa kesan secara lansung kepada Si Ketua Penipu tu memandangkan dia 'Pencacai Tegar'.

Rupanya, ada jugak kesan dia ye. Terasa jugak dia seperti tidak diiktiraf walaupun dah lama menjadi 'Pencacai Setia' yang sentiasa mengoyangkan ekor dibelakang tuannya.

Bila cerita pasal berita ni, jangan kata HP, habis budak satu ofis pun tergelak mendengarnya. Ada jugak yang pelik. Tak kurang jugak dengan caci makian.

Mana tidaknya. Ada ke Si Ketua Penipu tu nak kumpul bukti dan serahkannya kepada Barack Obama? Apa benda yang Barack Obama boleh buat?

Si Ketua Penipu tu nak Barack Obama tu suruh SPR buat semula ke Pilihan Raya Umum kat Malaysia ni? Apa hak yang Barack Obama ada untuk buat semua tu? HP takut nanti, kalau Si Ketua Penipu tu serahkan bukti tu, Si Barack Obama hanya akan campak semula ke muka dia dan kata, "This is all rubbish!"

Paling tidak pun, Si Ketua Penipu tu hanya akan menjadi bahan gelak ketawa je dek staf pejabat Rumah Putih diatas KEBODOHAN dia sendiri. Baru padan muka Si Ketua Penipu tu.

Lagi pun, macam mana Si Ketua Penipu tu nak bagi bukti yang 'BELUM WUJUD'? Bukti pun tak de, dia nak serah apa? Kertas putih?

Sudah - sudah la mengarutnya Anwar oi!!! Kalau dah Kemaruk sangat nak jawatan, jangan la tunjuk sangat. Ini tidak. Habis satu dunia dia nak tayang KEBEBALAN yang dia miliki. Memang patut sangat la dia berambus dari Malaysia ni. Buat malukan Negara je!!!


KUANTAN - Pakatan Rakyat (PR) akan menyerahkan bukti mengenai penipuan yang didakwa berlaku dalam PRU13, 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara.

“Saya nak beritahu kepada Amerika bahawa kita akan mengemukakan bukti penipuan itu dan menunggu apa reaksi beliau berhubung kemenangan BN dalam PRU13 lalu,” katanya.

KAMI ANAK MELAYU SOKONG PRODUK MELAYU!!!.


SENARAI PRODUK ANAK MALAYU.MARI KITA SAMA- SAMA SOKONG 
PRODUK MALAYU.


















































     JOM UBAH PRODUK CINA KE PRODUK MALAYU...