Friday, May 17, 2013
Lahat Datu:3 Orang Pemimpin Pakatan Rakyat Akan Didakwa!!!
Anwar bakal berdepan dengan dakwaan yang maha berat. Insiden Lahad Datu, Anwar, Tian Chua dan Sivarasa diberitakan ada terlibat secara langsung sebagai perancang ?!!
Anwar cuba alihkan perhatian rakyat..cuba dapatkan sokongan sebanyak mana yang mungkin..untuk APA ? supaya senang bila dia di bawa ke Mahkamah..maka Anwar akan buat dan bawa lagi sekali kera-kera dan anjing-anjing dalam jagaannya untuk buat huru hara depan Mahkamah..dan Mahkamah akan buat keputusan kononnya menyebelahi beliau !!
Mungkin juga taktik Anwar membuat bising di seluruh pelusuk negara dengan cerita dongeng dan hikayat palsunya sebagai satu helah untuk mengalihkan sesuatu isu yang lebih besar mendepaninya.
Sepertinya yang diumumkan oleh Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum pilihan raya, kerajaan telah pun mengemukakan siasatan lengkap berhubung insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu pada Februari lalu kepada Peguam Negara.
Katanya kerajaan telah mengenal pasti tiga individu yang dikaitkan dengan parti pembangkang yang terlibat secara langsung sebagai dalang dalam perancangan pencerobohan tersebut. Bagaimanapun Dr Ahmad Zahid tidak mendedahkan identiti ketiga-tiga pemimpin pembangkang tersebut.
Identiti mereka sebaliknya telah didedahkan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin yang mendakwa bahawa Anwar beserta Tian Chua dan R. Sivarasa adalah tiga pemimpin PKR yang telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan pemimpin pengganas Sulu dengan bertujuan mewujudkan keadaan darurat di Sabah menjelang PRU13.
Anwar, Tian Chua dan Sivarasa yakin mereka akan didakwa bila-bila masa sahaja oleh pihak Peguam Negara. Oleh kerana itu bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu itu yang dikategorikan sebagai satu pengkhianatan kepada negara, Anwar menggunakan isu keputusan pilihan raya sebagai alasan atau 'decoy'.
Menurut sumber, Anwar dan dua orang kuncunya kemungkinan besar akan dibawa ke muka pengadilan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan atas kesalahan menentang Perlembagaan dan mengisytiharkan perang terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
Sabit kesalahan membawa hukuman mati sebagaimana hukuman yang sama telah dijatuhkan ke atas pemimpin kumpulan militan Al Maunah, Mohamed Amin Mohamed Razali yang digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan menyerang kem tentera di Kampung Jenalek, Grik, Perak.-
Wallahu a’lam...
sumber:http://azmykelanajaya.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment