Thursday, May 16, 2013

Exco Pahang Turut Angkat Sumpah

Turut berlangsung pagi tadi, Upacara Angkat Sumpah Exco negeri Pahang.

Dari senarai 10 ahli Exco yang dilantik, lima adalah muka baru.

Manakala selebihnya empat muka lama dikekalkan selain seorang ADUN dilantik semula sebagai exco.

Tertera senarai nama lima muka baru yang dilantik sebagai Exco Pahang iaitu Datuk Abu Bakar Harun, Datuk Mohd Johari Hussain, Norulazali Sulaiaman, Datuk Shahaniza Shamsuddin, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Manakala empat muka lama yang dikekalkan ialah Datuk Shakar Shamsuddin, Wan Sofi Abd Razak, Datuk Wan Rusdy Wan Ismail, dan Datuk Shafik Fauzan Shariff.

ADUN Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin yang juga Pengerusi Giatmara pula dilantik semula sebagai Exco.

Tiada wakil MCA atau MIC yang dilantik dalam barisan Exco kali ini.

Surat lantikan dan mengangkat sumpah sebagai Exco disempurnakan di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, sebentar tadi.

Portfolio bagi semua Exco terbabit akan diputuskan dalam mesyuarat Exco pertama dalam tempoh terdekat.


No comments:

Post a Comment