Wednesday, May 15, 2013

aktar perhimpunan amam!!!




Seksyen 9 - Pemberitahuan perhimpunan (1) Seseorang hendaklah, sepuluh (10) hari sebelum tarikh perhimpunan, memberitahu Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan.

(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi -(a) suatu perhimpunan yang diadakan di suatu tempat perhimpunan yang ditetapkan; dan (b) mana-aman perhimpunan lain yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

(3) Jika perhimpunan itu ialah suatu perhimpunan keagamaan atau perarakan pengebumian, penganjur boleh memaklumkan Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan atau perarakan itu hendak diadakan; dan boleh, jika bantuan diperlukan untuk menyenggarakan kawalan trafik atau orang ramai, meminta bantuan sedemikian.

(4) Pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan secara pos berdaftar Akuan Terima atau kiriman cepat atau dengan serahan tangan.

(5) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM 10,000).

JADUAL KETIGA [Perenggan 9(2)(b)] PERHIMPUNAN YANG BAGINYA PEMBERITAHUAN TIDAK DIKEHENDAKI Perhimpunan keagamaan Perarakan pengebumian Majlis perkahwinan Rumah terbuka semasa perayaan Pertemuan keluarga Hari keluraga yang diadakan oleh majikan bagi manfaat pekerjanya dan keluarga mereka Mesyuarat tahuan pertubuhan atau persatuan."Sumber...




                                   
                    DAP:DOG AND PIG

No comments:

Post a Comment