Friday, May 17, 2013

LIM GUANG ENG MERAH TELINGA BILA DITEGUR....


Baru saje kena provoke sikit dah nak meroyan!!! Memang sah Ketua Menteri Cina DAP nie tak boleh ditegur dan melompat sakan. Cuit sikit pun dah marah... Kalau nak diikutkan marah BN boleh buat macam-macam pada LGE nie. Tapi Cepat jugak LGE merah telinga bila ditegur.

LGE dalam satu twitnya, bertanya sekiranya penyokong Pakatan Rakyat (PR) terpaksa berhijrah kerana tidak berpuas hati dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) , adakah penyokong BN akan meninggalkan negeri-negeri yang berjaya ditawan oleh BN.

Perhimpunan haram yang dianjurkan PR di seluruh negara adalah seperti lari dari kenyataan dan penafian kepada hakikat kegagalan memperoleh Putrajaya.

Malaysia mewarisi sistem politik daripada United Kingdom dan kebanyakan negara Komanwel juga menggunakan sistem first past the post yang mana parti-parti politik yang bertanding di kawasan pilihan raya memilih hanya seorang wakil bagi setiap kawasan pengundian yang mengambil kira prinsip undi majoriti mudah.

Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.

Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini, mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.-

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=611275432218463&set=a.308676682478341.85496.308257822520227&type=1&theater



DAP:DOG AND PIG

No comments:

Post a Comment