Friday, May 17, 2013

Aku janji:Harga Kereta Akan Diturunkan Secara Berperingkat

Kerajaan memberi jaminan akan melaksanakan aku janji yang dibuat Barisan Nasional, BN pada pilihan raya yang lepas mengenai penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat.

Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memperhalusi langkah tindakan ke arah menurunkan harga kereta di negara ini.

Beliau, yang dilantik semula ke portfolio itu di dalam barisan kabinet yang baharu turut menjelaskan kementeriannya mempunyai tugas besar untuk dilaksanakan memandangkan landskap ekonomi dan politik negara telah berubah secara radikal serta memberi impak kepada fungsinya.

No comments:

Post a Comment