Saturday, May 11, 2013
SPR NAFI DAKWAAN PENDAFTAR ASING JADI PENGUNDI !!!
Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dakwaan pembangkang kononnya ramai pendatang asing menjadi pengundi pada PRU-13.
Ini kerana Daftar Pemilih yang digunakan dalam PRU Ke-13 merupakan Daftar Pemilih yang diwartakan dan melalui proses pembersihan yang terperinci melalui semakan online dengan rekod warganegara dan alamat terkini pemilih seperti yang terdapat dalam pangkalan data warganegara di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Daftar pemilih yang telah digunakan dalam PRU Ke-13 adalah daftar pemilih yang terbersih mungkin yang disediakan oleh SPR.
Oleh kerana sistem pendaftaran pemilih menggunakan nombor kad pengenalan 12 angka yang unik sebagai identifier pendaftaran, maka mustahil terdapat pendaftaran berganda dalam Daftar Pemilih.
Melalui sistem pendaftaran itu, tidak ada sesiapa yang bukan warganegara sama ada dia Bangladesh, Indonesia, China atau India., yang dapat mendaftar.
Oleh yang demikian andaian dan dakwaan kononnya terdapat 40 ribu warga Bangladesh yang diangkut untuk mengundi dalam PRU Ke-13 baru-baru ini adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata, kerana Daftar Pemilih yang diwartakan itu adalah muktamad...
ANUWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT (KARPAL SINGH)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment