Sunday, May 19, 2013

Video - Adam Adli Angkuh Cabar Polis ,Hasut Untuk Guling Kerajaan!!!

Pihak polis takkan menahan Adam Adli tanpa sebab, namun apabila budak hingus yang kencingnya pun masih bercabang bertindak mencabar pihak berkuasa supaya melaporkan kepada polis akan hasutannya dengan mengajak rakyat turun kejalanraya atas tujuan untuk merampas kuasa. Apakah pihak polis hanya nak tunggu dan lihat sahaja, kalau blogger mesra BN seperti papagomo pun ditahan polis kerana artikelnya didakwa berbaur hasutan, apalah besar sangatnya Adam Adli ni ?

Nak rampas kuasa, nak tumbangkan kerajaan, Hebat benar bunyinya, macam tinggal kat negara komunis yang tak bertamadun pulak ya, mabuk daun ketum agaknya budak ni, mengeluarkan kenyataan secara terbuka dan mencabar pihak berkuasa untuk menggulingkan kerajaan satu tindakan biadap dan kurang ajar yang perlu diberikan pengajaran secukupnya oleh pihak berkuasa yang berada dibawah Menteri baru tanpa amaran.

Jangan jadikan negara ini sebagai pusat pembiakkan golongan yang kurang ajar dan menghasut orang lain untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara sah mengikut sistem amalan demokrasi, semakin diberi muka semakin melampau, kerajaan juga harus tegas dalam memperjalankan peruntukkan undang-undang yang ada bagi membasmi kebiadapan seperti ini, jangan sudah terhantuk baru nak tergadah.

Sebahagian petikan kenyataan Adam Adli - "Kita tak boleh tunggu lagi 5 tahun untuk tumbangkan Umno Barisan Nasional, tahun 2013 ini kita akan bersama-sama turunkan kerajaan Barisan Nasional,

"Kalau ada polis, kalau ada SB, kalau ada agen-agen daripada Umno sekalipun, nama saya Adam Adli bin Abdul Halim, no kad pengenalan 890703075357, ambil butiran saya, buat laporan polis, kerana hari ini saya nak ajak semua yang ada disini kita harus susun dan kita akan turun ke jalanraya untuk rampaskan kuasa, boleh atau tidak ?,boleh atau tidak ?, boleh atau tidak ?"

"Kita tak banyak masa lagi, semua siap sedia, beli kasut, beli tracksuit, beli seluar jeans, sedia kita akan turun ke jalanraya, sebab akhirnya dalam dunia ketiga macam negara Malaysia, pilihanraya takkan tumbangkan kerajaan, yang boleh tumbangkan kerajaan hanyalah kuasa rakyat."


No comments:

Post a Comment