Tuesday, May 21, 2013

Penjelasan SPR Tentang Undi Dua Kali

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan seseorang itu tidak akan terlepas daripada undang-undang jika didapati melakukan perbuatan tertentu untuk kepentingan mana-mana parti politik.

Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan seorang pemuda dari Kuantan yang mengaku keluar mengundi dua kali semata-mata mahu mempertikaikan sistem pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lepas.

Walaupun pemuda berkenaan telah membuat laporan polis yang mendakwa SPR tidak telus dalam menjalankan tugas semasa hari mengundi, namun tegas Wan Ahmad, perbuatan pemuda tersebut jelas menunjukkan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.

http://www.youtube.com/watch?v=6XmdKFPOD_E

"Pertama orang itu sendiri membuat kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya iaitu pergi mengundi dua kali dan kedua bawa keluar kertas undi dari tempat mengundi. Ini menarik. Kita tengok (hasil) siasatan. Dan seterusnya masuk akal ke kalau orang tu dah mengundi nama dia dah dipotong oleh kerani SPR dan ejen parti yang berada dalam itu kerana nama dia disebut dengan IC dan diteriak, dah dipotong lepas tu dia pula (datang) masuk mengundi sekali lagi.

"Sejauh mana kesahihan cerita dia itu satu persoalan. Bagi orang yang tak faham teknikal kerja (SPR) orang seronok dengar cerita dia macam mana mengundi 2 kali. Tapi orang tak sedar yang dia cerita mungkin cerita rekaan yang tak benar," katanya.


No comments:

Post a Comment