Tuesday, May 21, 2013

Caj internet lebih murah!!!

Putrajaya: Mengembangkan infrastruktur komunikasi dan caj internet lebih murah, antara fokus utama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi memastikan pendemokrasian komunikasi dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, perbincangan awal mendapati pengurangan caj internet boleh dilakukan yang dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak termasuk peniaga kecil dan untuk itu, kajian mengenai perbandingan caj dengan negara lain akan dilakukan.

"Saya lihat ada beberapa perkara yang perlu dilihat kembali misalnya liputan secara langsung soal jawab di Parlimen” Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia

“Kemudahan komunikasi sudah jadi perkara asas. Dulu jalan raya, elektrik dan air, sekarang liputan telefon dan jalur lebar,” katanya selepas majlis serah tugas di antara beliau dan bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.


Sumber..


No comments:

Post a Comment