Sunday, May 19, 2013

Anwar 'Dihentam' Lagi!!!

Pas berpendirian tegas tidak akan menyokong sebarang usaha oleh mana-mana pihak termasuklah oleh kumpulan pro-PR untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan. Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas berpendirian begitu kerana di negara ini masih terdapat prosedur lain terutamanya melalui mahkamah atau petisyen untuk mencabar keputusan PRU13.

Menurutnya, oleh sebab itu, Pas sekarang masih mengumpul bukti yang didakwa berlakunya penyelewengan di seluruh negara pada PRU13 lalu.“Pas berpendirian tidak akan bersama dengan perjuangan kumpulan ini. Memang terdapatnya perasaan tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya tetapi Pas akan mengambil pendekatan mengikut saluran undang-undang dengan mengemukakan petisyen.

“Bagaimana pun Pas tiada kuasa untuk menghalang kumpulan ini,” katanya kepada media semalam. Sebuah portal berita melaporkan, sebuah NGO yang menggelar diri mereka Asal Bukan Umno (ABU) melalui jurucakapnya Haris Ibrahim, merancang untuk mengadakan himpunan besar-besaran untuk menggulingkan kerajaan seterusnya merampas Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib turut berpendirian Pas tidak bersetuju dengan cara kekerasan untuk mengambil alih kuasa kerana cara tersebut sudah pasti akan merosakkan negara. Katanya,

Pas memilih cara demokrasi sebagai wadah perjuangan untuk menegakkan cita-cita membentuk sebuah negara Islam di Malaysia. “Pas tolak cara kekerasan, Pas hanya memilih cara demokrasi, kami tidak akan ikut mereka,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga menolak sebarang usaha menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan kerana cara tersebut akan menghumban negara ke kancah ketidakstabilan. Setakat ini, sebanyak enam perhimpunan besar oleh mereka yang menggelarnya sebagai 'Himpunan 505' bermula daripada perhimpunan di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu, tiga hari selepas PRU13.

No comments:

Post a Comment