Pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.
Ketika saya menjadi Menteri Pertahanan, saya ada dedahkan terdapat beberapa individu terlibat membantu kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu dan mereka pernah mengadakan pertemuan dengan kumpulan pengganas Kiram.
Semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai perkara itu telah kita peroleh dan sedang diteliti dari segi undang-undang untuk memperkuatkan hujah di mahkamah nanti. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihak PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan mesyuarat dengan Peguam Negara untuk berbincang tindakan lanjut yang akan diambil terhadap ketiga-tiga pemimpin berkenaan.
No comments:
Post a Comment