Peguam yang mewakili tertuduh, Datuk S.Ambiga, N. Surendran dan Afiq M. Noor pada mulanya memohon tertuduh untuk dibebaskan tanpa sebarang ikat jaminan atas alasan beliau masih menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Namun, hakim hanya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikan jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan sebutan kes ditetapkan pada 2 Julai depan.
Surendran ditemui pemberita kemudian menyifatkan tuduhan terhadap Adam sebagai tidak berasas. Beliau dalam kamar perbicaraan pada mulanya mempertikaikan dakwaan tersebut kerana mendakwa kerajaan persekutuan sebelum ini mencadang untuk menghapuskan Akta Hasutan.
Walau bagaimanapun hakim, Norsharidah Awang membidas dengan fakta bahawa akta tersebut masih dalam kajian pihak kerajaan, justeru ia masih relevan dalam undang-undang dalam negara. "Ada yang tidak kena dengan pendakwaan ini dan dengan kerajaan BN menyalahgunakan kuasa untuk menghukum rakyat yang bersuara.
"Kita telah beritahu mahkamah dakwaan tidak berasas. Ini Akta Hasutan Perdana Menteri dah kata akan hapuskan tapi Najib masih gunakan akta ini," katanya kepada wartawan di perkarangan mahkamah. Pihak tertuduh tambah Surendran akan berusaha lagi untuk memfailkan pembatalan kes dengan kadar segera.
Begitu juga dengan Ambiga yang dilihat tidak berpuas hati dengan tuduhan yang dipalitkan terhadap Adam walaupun hakikatnya tindakan beliau boleh mencetuskan huru-hara.
Tertuduh ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu, kira-kira 3.15 petang selepas dipercayai menterjemahkan hasutan kepada rakyat dalam bentuk ucapan pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada 13 Mei. Beliau kemudiannya ditahan reman selama lima hari di Lokap Berpusat Jinjang.
The 20 Best Casino Slots, Video Poker, Video Poker & More
ReplyDeleteSlots games are always 고양 출장마사지 very fun to 이천 출장마사지 play. 세종특별자치 출장샵 Slots games are popular and most gambling sites provide slots fans with 남원 출장샵 a 태백 출장샵 free slot for