Sunday, May 19, 2013

Kerajaan Negeri Kedah Merancang Membina???

Kerajaan negeri Kedah merancang membina rumah mampu milik untuk rakyat di kawasan luar bandar negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, perancangan itu dibuat selaras dengan Aku Janji Barisan Nasional BN Kedah iaitu menyelesaikan masalah perumahan masyarakat luar bandar yang tidak mempunyai rumah sendiri.

Pihaknya akan mengenal pasti tanah di kawasan tertentu untuk membina kira-kira 100 hingga 200 rumah mampu milik dan mengadakan kampung tersusun seperti di Changlun.

Dalam pada itu, Datuk Mukhriz akan melakukan kajian secara menyeluruh dan menyemak semula projek perumahan bermasalah yang dijalankan kerajaan negeri pimpinan PAS sebelum ini. Beliau turut berharap agar tumpuan khas kepada Kedah bagi memastikan Kedah maju seiring pemodenan negara melalui bantuan kerajaan persekutuan.


No comments:

Post a Comment