Tuesday, May 21, 2013

Tunku Aziz Bertegas Mahu Membongkar Rahsia!!!

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz bertegas akan membongkar apa sahaja perkara yang boleh menganggu-gugat keamanan negara, sekalipun berdepan ancaman pengerusi parti itu Karpal Singh.

Malah beliau juga tidak gentas jika Karpal Singh mengheretnya ke mahkamah.

Beliau mengulas tindakan karpal yang sebelum ini mengeluarkan amaran kali kedua terhadapnya yang didakwa memburukkan DAP sejak setahun lalu.

Karpal juga mendesak bekas naib presiden transperasi antarabangsa malaysia ini menghentikan segera perbuatanya itu.

Selain itu, Tunku Aziz turut mencabar penasihat seumur hidup DAP, Dr Chen Man Hin supaya menjelaskan maksud sebenar Malaysia Spring.

Ia berdasarkan kenyataan Man Hin yang menggambarkan Malaysia Spring sebagai 'gembira' untuk mengambil bahagian dalam bantahan, sekaligus mendakwa Tunku Aziz tersilap menyamakan Malaysia Spring dalam bentuk gelombang revolusi demonstrasi ganas seperti di Mesir, Libya dan Yemen." 



KENAPA ORANG MELAYU DALAM PR BUTA MASIH TIDAK NAMPAK APA YANG CUBA TUNKU AZIZ SAMPAIKAN...MELAYU HARUS SEDAR DENGAN PEMAINAN DAP!!!


No comments:

Post a Comment