Sunday, December 1, 2013

Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Apa Yang Terjadi Selepas Jeff Ooi Melafazkan Permohonan Maaf Semalam


Sejak semalam kita tahu bahawa Jeff Ooi meminta maaf diatas kata-katanya sebelum ini yang menghina kakitangan MPPP dengan panggilan kucing kurap. Permohonan maaf tersebut dibuat majlis konvesyen DAP Pulau Pinang semalam. 

Tetapi ada satu benda yang mungkin anda tidak tahu disebalik permohonan maaf tersebut. Yang dia minta maaf kerana Karpal Singh itu satu hal. Ada lagi satu hal yang mungkin tidak diketahui ramai. 

Sekarang mari RBF beritahu…

Sebaik sahaja Jeff Ooi melafazkan permintaan maafnya semalam, dia telah diboo oleh cina-cina DAP dalam majlis itu. Dia diboo oleh cina-cina DAP dalam majlis tersebut kerana memohon maaf kepada kakitangan MPPP yang berbangsa melayu. 

Itulah wajah sebenar cina-cina DAP. Mereka rasa satu penghinaan apabila orang mereka terpaksa memohon maaf kepada orang melayu. Begitulah tebalnya sikap anti dan benci kepada melayu dikalangan cina-cina DAP. 

Jika mereka sokong tindakan Jeff Ooi memohon maaf untuk menjernihkan keadaan sudah tentu mereka tepuk tangan, bukan mengeboo.

Saya tidak bercakap kosong…saya tidak membuat fitnah…saya menulis berdasarkan bukti yang diberikan pihak mereka sendiri. Lihatlah dibawah….


Ini berita asal yang dikeluarkan malaysiakini tengahari semalam. Saya dah jangka apa yang akan berlaku, sebab itu saya print screen dan simpan. 


Ini komen yang sempat dihantar oleh seorang hamba Allah yang bernama Encik Rbf dalam berita diatas. Nampaknya apa yang saya jangka menjadi kenyataan. Selepas 2-3 jam saya buka balik malaysiakini dan saya lihat berita tersebut telah ditukar tajuk dan kandungannya. Lihat dibawah…



Anda perhatikan yang didalam kotak hitam. Masa dan wartawan yang menulis adalah orang yang sama dengan berita yang disiarkan sebelum itu. Lihat sini

Selama ini malaysiakini mengatakan mereka pelapor berita yang adil, yang saksama, yang beretika dan sebagainya. 

Nah ! 

Sekarang apa cerita ?

Apakah ini beretika ? 

Apa-apa pun malaysiakini telah mengesahkan bagaimana sifat perkauman cina-cina DAP yang begitu tebal, sifat anti melayu yang kuat. Sehinggakan orang mereka minta maaf kepada orang melayu pun kena sorak….kena boo…. 

Terima kasih malaysiakini….

Thursday, August 1, 2013

Anwar Tidak Berani Saman Saya - Yuktes Vijay

PETALING JAYA 1 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai tidak berani menyaman bekas pembantu Sankara Nair (peguambela Anwar), Yuktesvaran Malaipan berhubung dakwaan penggunaan dokumen cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0. 

Menurut Yuktes, sijil cuti sakit itu bertujuan menggambarkan persepsi bahawa kes berkenaan sebagai dirancang atau konspirasi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Yuktes turut meningatkan pemberita supaya berhati-hati ketika menyiarkan berita tersebut dan berjanji akan menyerahkan dokumen serta bukti sekiranya disaman Anwar.

"Percayalah, dia (Anwar) tidak akan saman saya tetapi hati-hati dengan apa yang anda siarkan. Jika dia saman anda, saya akan serahkan segala dokumen dan bukti yang ada," katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.


Pada sidang media tersebut, Yuktes turut mengedarkan salinan komunikasi emel kepada pemberita yang bertarikh 28 Ogos 2012 antara beliau, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham dan Sankara Nair.

Yuktes yang ketika itu mendapat arahan daripada Sankara Nair meminta Badrul yang dikenali Chegu Bard supaya mendapatkan sijil cuti sakit dari hari Sabtu (1 September) sehingga Selasa (4 September) bagi mengelakkan kesulitan di mahkamah.

Lantas yang demikian Sankara Nair pula menghantar emel kepada penerima yang dikenali sebagai Anwar, Ben, me (Yuktes), Sathya, Ibrahim pada 30 Ogos 2012.

Antara kandungan emel berbahasa Inggeris itu berbunyi,

"URGENT, Boss. Again, since my email to Chegubard 2 days ago, to comfirm on the MC - from the 1st till 4th Sept (a copy of which I sent you). Sadly again, Chegubard has not responded to me or my boys to the email. My boys have tried to reach him numerous times but to no avail. My boys then contacted Ibrahim Yaacob who has also been also trying to contact him (chegubard) but to no avail also. Dato Yusof and I will not be able to file this if there is no postponement on 3rd Sept and the only way we see is the proposed MC as he told us he suffers from acute migraine regularly. Please ensure he finds a way to get 3rd Sept postponed or else all is wasted."

17 Julai lalu, Yuktes bersama dua rakannya, membuat laporan di Balai Polis Travers di Kuala Lumpur serta menyerahkan bukti cuti sakit palsu itu kepada pihak polis.

"Penyerahan sijil (surat) palsu mungkin kelihatan sebagai perkara remeh, namun apa yang ingin saya buktikan di sini ialah kesanggupan pihak pembangkang mengkompromi sistem mahkamah," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak bekas Presiden Majlis Peguam Negara Datuk S Ambiga memandang serius isu penggunaan dokumen cuti sakit palsu oleh Anwar.

Yuktes menjelaskan beliau tidak mendedahkan perkara itu lebih awal kerana bimbangkan keselamatannya setelah beliau banyak menerima kecaman dan ugutan setelah surat-surat terbukanya kepada Anwar disiarkan di laman-laman portal.

Fitnah Yang Direka Oleh Macai PR !!!

Kalau tak ada fitnah bukan pembangkang lah nama nyer".lagi taktik terbaru di kesan dari macai2 Pr untuk menuduh dan memfitnah Bn@Umno dangan satu isu rakaman cctv (spy cam) di dalam bilik tidur dan mandi nurul izzah.

cerita ini sebenarnya sengaja direka oleh macai Pr dan mengunakan acc fake yang mengunakan indetiti seorang Dj radio Ikim.cerita ini HP dapat dari kawan HP sendiri yang terkena dangan macai pr.

link fb acc fake pemfitnah :https://www.facebook.com/sitirohani.surani.37
nama penguna                  :Siti Rohani Surani


























Siti Rohani Surani (Dj radio Ikim) tidak mempunyai sebarang acc fb atau page.bagi macai2 pr yg suka buat fitnah cukup2 lah buat fitnah tuu.dari pemimpin hingga ke macai perangai sama jer...bab kata orang tua2 bapa borek anak rintik heheheeee...fitnah lagiiii


Monday, July 29, 2013

Fakta Isu Scorpene Yang SUARAM Tidak Mampu Nafikan


Akhbar the New Straits Times memberi ruang khas memberi penjelasan terperinci mengenai isu ini dilihat sebagai usaha yang tepat bagi menghentikan SUARAM dari terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

NST telah mewawancara Jasbir Singh Chahl iaitu seorang arkitek yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ini. Nama Jasbir Singh Chahl pernah digunakan oleh SUARAM dengan mewar-warkan kononnya beliau merupakan antara salah seorang yang telah menerima sapina oleh mahkamah Perancis bagi kes ini. Jasbir pantas menafikannya dengan membuat kenyataan balas melalui media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis sapina.

Jasbir tampil sekali lagi menerangkan apa yang telah diterangkan berkali-kali sebelum ini. Antara fakta yang tidak pernah berubah sama ada dalam wawancara dengan Jasbir, kenyataan pihak Perancis, keterangan di mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya mahupun dalam penjelasan kerajaan Malaysia adalah:

1.Altantuya bukan seorang penterjemah malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga tidak dapat disahkan.

2.Semua yang terlibat secara langsung dalam urusniaga scorpene, termasuk Jasbir, tidak pernah berjumpa dengan Altantuya sepanjang tempoh urusniaga tersebut iaitu pada tahun 2000 – 2002.

3.Altantuya tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh itu sepertimana yang disahkan oleh polis Perancis.

4.Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Altantuya sekali gus, hanya berjumpa dengan Altantuya pada tahun 2004.

5.Altantuya dibunuh pada tahun 2006.

6.Syarikat DCNS yang menjadi pembekal scorpene menjalankan semua urusannya dengan syarikat di seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris serta tidak memerlukan penterjemah apatah lagi dari Mongolia.

7.Syarikat Perimekar yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead.

8.Syarikat Perimekar menerima bayaran atas perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 staff dan 49 pegawai di Perancis dan Sepanyol.

9.Syarikat Perimekar tidak pernah menerima komisyen bagi pihak Dato’ Seri Najib dan semuanya terbukti dalam laporan audit di mana keuntungan selepas cukai syarikat mencatatkan jumlah sebanyak RM105,111,191.

Semua fakta dan angka yang dibentangkan adalah menepati gambaran penceritaan, kenyataan dan penjelasan semua pihak yang terlibat. Tiada satu pun yang berubah. Apa yang berubah hanyalah angka dan fakta yang dikemukakan oleh SUARAM dan pembangkang. Oleh itu, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk melihat pihak mana yang berbohong dan pihak mana yang bercakap benar sekiranya benar ikhlas ingin mencari kebenaran.

Dengan penjelasan Jasbir, rakyat Malaysia wajar meletakkan titik noktah ke atas isu skandal scorpene ini. Biarkan SUARAM dan pembangkang terus memainkan isu ini sesuka hati mereka kerana sesungguhnya ia tidak akan ke mana melainkan menghabiskan dana mereka sendiri.

Thursday, July 25, 2013

Oh Tidak"Malaysia tersenarai Penjara Paling Kejam Dan Ganas Didunia..

1.Carandiru Prison: (Brazil)


Penjara ini sempat membuat heboh dunia sebab terjadi rusuhan besar yang melibatkan antara geng di dalam penjara tersebut pada tahun 1992, untuk menghentikan rusuhan yang terjadi antara banduan, pihak polisn Brazil menurunkan pasukan lengkap dengan senjata lengkap .


2. Bang Kwang Prison (Thailand)



Penjara ini lebih dikenali sebagai Bangkok Hilton ". Penjara ini boleh dikatakan sudah tidak sesuai lagi, selain penuh sesak, juga kekurangan warden . Para banduannya dirantai. Khabarnya banyak banduan jadi gila akibat stress bila bulan pertama di tahanan itu. Standard perkhidmatan di penjara ini sangat minimum sekali sebut saja perkhidmatan kesihatan banduan yang sakit di penjara ini akan di biarkan menahan kesakitan hingga mati


3. ADX Florence Supermax Prison: (Colorado)



Penjara ini di banguan akibat adanya serangan terhadap warden penjara oleh banduan di penjara yang ada di seluruh amerika, untuk menjaga keselamatan warden dari serangan para banduan penjara ini mengunakan sitem keselamatan yang sangat ketat terhadap banduan di penjara ini akan merasakan tekanan metal dan kemurungan stress sebagai neraka di gelarkan oleh banduan . Banduan tidak di izinkan keluar dari ruang tahanan dan harus menghabiskan masa di dalam sel. 

Menjadi banduan di ADX adalah suatu mimpi buruk yang tak dapat dilupakan bagi mereka. Di Sana mereka menerima keadaan paling buruk dari yang terburuk. Selama 13 tahun beroperasi, dua orang tawanan dikhabarkan mati terbunuh di ADX Florence. Salah satunya Lawrence Klaker. Ada yg menyebut dia mati ditembak, tp ada juga yg mengatakan bunuh diri.


4. Alcatraz Island Prison: (San Francisco, CA)



Penjara ini lebih di kenali sebagai "The Rock", atau "Devil Island" di bangun pada tahun 1920-an segala ketidakselesaan ada di penjara ini, terletaknya yang berada di tengah pulau membuat banduan terputus hubungan antara keluarga bukan hanya itu sahaja juga perlu mendapatkan tekanan mental kejamnya dari warden dan ketua warden membuat peraturan yang sunguh tidak berperikemanusian anataranya mereka di larang saling bercakap cakap antara sendiri jika ketahui mereka akan di pukul Oleh Banduan yang gila di dalam penjara akibat tekanan mental ini semua hak asasi manusia telah di langar di penjara ini dan pada tahun 1963 penjara ini di tutup untuk selamanya.


5.San Quentin Prison: (San Quentin, California)



Pada tahun 1930' an pengelolan penjara ini penuh dengan rasuah sampai lah muncul di pengarah baru penjara yang membawa perubahan terhadap penjara ini namun seblum pengarah baru ini merubah penjara ini perlakuan buruk yang diterima oleh para banduan sungguh tidak berperikemanusiaan. Kepala mereka dibotaki dan dipaksa memakai seragam yg diberi nombor, mereka makan dengan berhimpit himpit. Menghuni sel sempit tanpa diberi lampu. Di penjara ini nyawa tidak ada harganya. Rusuhan antara banduan kerap terjadi.


6. Rikers Island Prison: (Rikers Island, New York)



Penyeksaan brutal terhadap banduan membuat penjara ini menjadi terkenal Pada 2007, tawanan Charles Afflic mengalami penyeksaan yg berlebihan dari penjaga penjara sehingga harus menjalani pembedahan otak. Sebanyak 6 banduan bunuh diri di selnya krn tak tahan dgn suasana penjara yg tertekan, pada 2003.


7. La Sante Prison: (Paris, Perancis)



Sama dengan penjara penjara kejam yang lain, nyawa di dalam penjara ini tidak mempunyai nilai sedikit pun, perlakuan kejam dan brutal oleh warden penjara terhadap banduan membuat banduan menjadi terseksa dan tertekan dan ahkirnya membuat banduan menjadi gila dan stress. Sungguh ironis dengan erti kata 'La Sante' yg bererti health (kesihatan) dalam bahasa Inggeris. Kerana pada hakikatnya hidup di sana sungguh tdk sihat. Perhambaan antara warden dan juga banduan. Kes perkosaan antara sesama banduan sangat tinggi dan terjadi setiap hari. Tak heran kalo banyak napi tak tahan akhirnya bunuh diri, atau menjadi gila. Sepanjang tahun 2002 dikhabarkan terjadi 122 kes bunuh diri (banduan). Disusuli 73 banduani pada pertengahan 2003.


8.Malaysia (jabatan penjara malaysia)



Jabatan Penjara memang mengadakan beberapa program untuk pemulihan seperti persiapan selepas menjalani tahanan yang mempunyai beberapa program, misalnya kemahiran tukang kayu, mendobi, menjahit, gunting rambut, refleksologi dan terapi dan juga penyusun bata dalam pekerjaan pembinaan. Manakala tahanan perempuan pula diberikan latihan-latihan salun, menjahit dan latihan-latihan lain yang bersesuaian.

Teras (core) yang sebenar-benarnya, jelas Yang Berhormat, ialah untuk menahan pesalah-pesalah ini dengan perikemanusiaan dalam keadaan selamat, bukan sahaja sebagai amalan antarabangsa tetapi juga sebagai amalan agama kita yang mana agama menyuruh mereka untuk masuk ke penjara bukanlah pengakhir hidup mereka tetapi mereka masih ada peluang untuk hidup seterusnya.

Monday, July 22, 2013

Ape Kes!!!Calon PKR mahu saman Presiden PAS


KUALA BESUT: Bekas calon PKR DUN Bukit Besi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, Mohd Shamsul Mat Amin hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana mendakwa beliau terlibat dalam pengedaran pil kuda.

Beliau berkata tuduhan Hadi pada sesi ceramahnya di Terengganu semasa kempen PRU-13 telah menjatuhkan imej serta maruah beliau dan keluarganya.

"Saya akan failkan kes di mahkamah ke atas Haji Hadi Awang. Akibat daripada ucapan tersebut, saya sentiasa diaibkan, diejek di kalangan masyarakat kampung saya.

"Saya telah menyebabkan nama baik saya, keluarga saya tercemar, termasuk kredibiliti parti saya. Saya menderita akibat perkara ini," kata beliau pada sidang media di sebuah hotel di sini, hari ini. 

Shamsul juga berkata beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu pada jam 8.55 pagi ini bagi membersihkan nama beliau atas tuduhan fitnah yang dibuat oleh pemimpin PAS itu.

Kata beliau, walaupun Hadi tidak menyebut nama individu yang terlibat dalam pengedaran pil kuda tersebut, namun lokasi ceramah berkenaan menggambarkan seolah-olah beliau adalah pesalah itu. 

Katanya lagi, sebagai pimpinan yang dihormati, Hadi sepatutnya menyiasat perkara itu sebelum mengaibkan mana-mana individu serta menyebarkan maklumat tidak benar kepada orang ramai.

Ditanya pemberita kenapa baru sekarang beliau membuat laporan polis, Shamsul berkata sekarang adalah masa yang sesuai kerana ia adalah pilihan raya kecil dan kenyataannya akan menjadi tumpuan media.

"Wartawan ramai, saya ambil peluang.

"Tuduhan Haji Hadi masa pilihan raya, saya juga jawab dalam pilihan raya," katanya lagi.

Pada April lalu, PAS menuduh PKR meletakkan calon “tangkap muat” dan terbabit dalam pengedaran dadah selain menjual kerusi kepada pihak lawan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Dalam kenyataan yang mengejutkan, Hadi turut membidas PKR kerana bekerjasama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang beliau sifatkan sebagai berkecenderungan komunis.

Justeru, kata Hadi, PAS tidak ada pilihan kecuali meletakkan calon sendiri di kerusi-kerusi tertentu yang diagihkan kepada PKR oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat sebelum hari penamaan calon. 

“Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat tukang edar pil kuda..tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana?

“Orang PAS tak boleh kerja calon macam ini..terang-terang saya sebut. Orang PKR pun tak terima, sudah-sudah mahu jadi calon..dengar cerita jual pil kuda..Tak perlu sebut daripada mana,” kata Hadi.

Susulan itu, pada pilihan raya 5 Mei lalu, PAS bertembung dengan PKR di beberapa kerusi. Antaranya di DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera di Terengganu.

PAS turut melawan PKR di kerusi DUN Kota Damansara, Sungei Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor serta kerusi Parlimen di Labuan.
                                                                                                                                          
Semua calon pembangkang tumbang di tangan calon BN di kerusi-kersi yang menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru itu.Sumber

Friday, June 14, 2013

Ulama Antarabangsa Amat Menghormati Ketokohan Tun Dr. Mahathir!!!




SHEIKH IMRAN NAZAR HOSEIN sebagai seorang ulama antarabangsa yang lantang menentang NEW WORLD ORDER tajaan Zionist ini amat menghormati ketokohan Tun Dr. Mahathir di persada dunia.

Tun Dr. Mahathir telah memecah rekod sebagai Muslim & Melayu pertama yang paling dibenci oleh Yahudi-Zionist setelah nama beliau tersenarai sebagai individu no. 3 paling anti-semitik di dunia tahun 2010 oleh sebuah organisasi pro-Zionist, Pusat Simon Wiesenthal baru-baru ini. Kebencian musuh Allah tersebut adalah petanda perjuangan Tun di jalan yang benar insyaallah. Semoga Tun terus lantang berjuang sehingga SYAHID!

Sesungguh nyer jihad yang dilakukan oleh tun bukan sahaja mengankat senjata,tapi melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh bangsa arab sendiri demi memartabatkan dan mendaulatkan islam...yaAllah".berilah kesihatan,kesejahteraan,kebahagiaan di dunia dan akhirat kepada hambamu ini AMIN....

....selamatkan tun mahathir di dunia dan di akhirat....

Thursday, June 6, 2013

Kontraktor susur jambatan P.Pinang yang runtuh dikenalpasti adalah lantikan kerajaan negeri

Penjelasan tragedi susur keluar jambatan ke 2 P Pinang yang runtuh tadi. Dah ramai tak sempat-sempat tuduh ini semua angkara Umno Bn.
Sebelum tu baik aku jelaskan sebelum pecacai dapat malu dan terus sebarkan fitnah.

Nama Kontraktor yang dilantik untuk fasa yang runtuh itu ialah Cergas Murni Sdn Bhd. Kontraktor dilantik oleh PDC.
PDC merupakan sebuah syarikat di bawah kerajaan negeri(SLC)
Pengerusi PDC bernama Lim Guan Eng. Org PAS panggil Khalifah Lim Guan Eng.

Bukan niat aku nak tuding jari, aku tak sebodoh pecacai pakatan yang akan mengaitkan apa jua tragedi atau kemalangan dengan politik tapi untuk buka mata bahawa kita hendaklah rasional sebelum menjatuhkan sesuatu tuduhan Sumber.

Bukan ke masa nak buat jambatan kedua Pulau Pinang DAP terhegeh hegeh kata itu projek mega mereka, tapi bila dah runtuh mereka salahkan dan kata itu projek Barisan Nasional.






Thursday, May 30, 2013

macai pr








Nong Chik buat laporan polis

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membuat laporan polis berhubung tindakan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mengaitkan beliau dalam urusan pembelian 4.856 hektar tanah di Bukit Kiara.

Beliau berkata ia bagi membolehkan pihak polis menyiasat kenyataan yang dilemparkan Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, sehari sebelum hari pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Raja Nong Chik mendakwa kenyataan itu berunsur fitnah.

"Saya serahkan perkara ini kepada polis untuk jalankan siasatan. Saya akan mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen (pilihan raya) dan saman terhadap beliau (Nurul Izzah)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Pantai pada kira-kira 3 petang tadi.

Nurul Izzah menewaskan Raja Nong Chik, yang merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, pada PRU13 5 Mei lepas dengan majoriti 1,847 undi.

CINA DAP BOIKOT BARANG MALAYU"APA MALAYU PR BUAT?

bile org malayu boikot barangan cina dap diorg kate rasis tapi bile cina dap boikot barang org malayu ade jgak malayu dlm pr yg bodoh dok sokong diorg.kenapa melayu dlm pr nie betol2 bodoh arhhh???

barangan produk malayu yg tidak ade kena mengena dgan umno pon diorg boikot diorg kate itu umno punyer kroni.tapi sebenar nyer itu satu alasan diorg cina dap utk jatuh kan peniagan malayu islam.bukan semua cina perangai macam sial tapi tapi cina dap nie sial die lain macam sikit. bertambah sial nyer lagi"ade jugak macai pr yg berbangse malayu dok sokong boikot barang malayu.malayu pr jgan mudah di perbodohkan oleh cina dap...

Wednesday, May 29, 2013

Minyak Di Temui Di Tumpat Kelantan



"faktar"
minyak di temui dlm telaga heheheeee....
boleh menghidupkan mesin rumput heheheee....

first time belaku di dlm dunia...
betol atau tipu???

"jangan kata ini satu alasan" untuk kerajaan kelantan memintak sumbangan dari rakyat kelantan untuk proses cari gali minyak...emmm tak tahu betul ker tak kita tunggu dan lihat saja...





crew Discovery Channel kena buat dokumentari kalau macam nie heheheeee~~~~

Thursday, May 23, 2013

NURUL IZZAH DALAM SENARAI KEMUKINAN DI TANGKAP

Blog pro-pembangkang sudah ada senarai baru ahli-ahli politik Pakatan Pembangkang yang 'menarik perhatian pihak polis'!

Kita tahu, Tian Chua yang sebelum ini dikutuk hebat kerana keceluparan mulut isu Lahad Datu, Adam Adli, seorang lain budak hingusan mulut celupar dan 2 orang ahli politik yang lain telah ditahan pihak polis.


Menurut satu sumber antara yang menjadi buruan polis kerna merencanakan Perhimpunan "SuaraRakyat505" yang dijadualkan pada 25hb Mei 2013 ini ialah pengasas Solidiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hishim Shaharin atau lebih dikenal sebagai CheguBard. Sumber yang sama mendakwa terdapat sekurang-kurangnya 5 individu lain yang turut menarik perhatian pihak polis.

- Badrul Hisham Shaharin, SAMM
- Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai
- Hishamuddin Rais, blogger Tukar Tuib
- Dr. Dzulkefly Ahmad, mantan ahli parlimen Kuala Selangor
- Haji Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS


'Hebat' Blog pembangkang ini, lebih tahu daripada pihak polis itu sendiri! Kita tunggu dan lihat.

Apa pun, rakyat Malaysia sudah bosan dengan politiking tidak habis-habis Pakatan Pembangkang dan juga anasir-anasir yang sengaja mahu memporak-perandakan kesejahteraan kita semua.

Sumber...

AKSI GANAS BILA TIAN CHUA DITAHAN OLEH

Korang tengok sendiri Tian Chua enggan mengikut arahan yang telah dikeluarkan oleh anggota PDRM yang telah diamanahkan supaya menahannya.

Sikap kurang ajar pemimpin pembangkang ini jelas menunjukkan mereka ini kurang ajar dan tidak mengikut arahan yang telah diberikan.

Anggota PDRM telah memujuk Tian Chua supaya memberikan kerjasama ,namun setelah beberapa minit anggota yang berlemah lembut memujuk namun gagal.

Tian Chua memberikan alasan tidak akan mengikut jika tanpa pegawai atasan. Setelah lama memujuk akhirnya angkat masuk kedalam kereta. Pada masa yang sama Tian Chua melembutkan diri dan jatuh kelantai.

Ini adalah taktik untuk menimbulkan rasa simpati. Gampang sungguh pemimpin PKR nie. Mencari publisiti murah.

Siapa yang tak kenal Tian Chua? Pakar gigit telinga polis, langgar orang, serang polis, cetus kekecohan dan paling hebat yang dia pernah buat ialah menuduh insiden di Lahad Datu sebagai satu "sandiwara" BN..!!!

Tian Chua pernah didakwa kerana mencederakan Konstabel Rosyaidi Anuar, 22, di jalan menghala ke bangunan Parlimen pada 10.45 pagi 11 Dis 2007.

Tian Chua telah dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dengan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 selepas beliau didapati bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.



Walaubagaimanapun mahkamah telah membenarkan penangguhan hukumanan tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu.


Sumber...

Hishamudin Rais Kini Di BURU?

Niat pembangkang untuk mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas bercadang melakukan demonstrasi jalanan.

Malah, mereka secara terbuka mengakui satu-satunya cara menggulingkan kerajaan BN yang diterajui UMNO ialah melalui rusuhan jalanan kerana mustahil pakatan pembangkang dapat merampas Putrajaya melalui peti undi.

Aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais ketika menghasut orang ramai berbuat demikian berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan BN.

Tidak cukup dengan itu, walaupun pembangkang khususnya DAP menang besar dalam pilihan raya umum lalu, Hishamuddin berterusan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai konco UMNO dan BN sambil membangkit sentimen kebencian terhadap kerajaan.

"Saya telah kata bertahun-tahun. Mustahil BN dapat dijatuhkan melalui pilihan raya. Kamu tidak mahu melakukan sesuatu kerana berasa kali ini berbeza tapi sistem itu telah dibuat untuk memastikan BN menang. Adakah kamu semua terlalu bodoh untuk tidak menerima hakikat itu. 

"Kita mesti keluar ke jalan raya. Apa yang disukai Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) adalah jalan yang salah. Jalan raya adalah jalan betul, bumi ini milik anak- anak muda. Susunlah satu gerakan besar-besaran untuk kita turun ke jalan raya," katanya semasa berucap dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor baru-baru ini .

Dalam perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu, majoriti yang memberi sokongan adalah masyarakat Cina sama sebagaimana dua perhimpunan terdahulu di Kelana Jaya dekat sini dan di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, seruan supaya rakyat bangkit melakukan rusuhan jalanan juga dilaungkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa kononnya jika UMNO dan BN berjaya ditumbangkan melalui demonstrasi tersebut, pembangkang akan mengubah sistem sedia ada. 

"Adakah kita sanggup turun ke jalan raya? Kita sudah tiada jalan lain. Kita akan buat macam perhimpunan Bersih sebelum ini. Kita tunjukkan bagaimana kuasa rakyat kepada UMNO dan BN. Kita lawan tetap lawan," katanya.

Wednesday, May 22, 2013

Adam Adli mengaku tidak bersalah!!!

Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan menghasut. Adam didakwa di bawah Seksyen 4 (1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124 B Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Peguam yang mewakili tertuduh, Datuk S.Ambiga, N. Surendran dan Afiq M. Noor pada mulanya memohon tertuduh untuk dibebaskan tanpa sebarang ikat jaminan atas alasan beliau masih menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Namun, hakim hanya membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikan jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan sebutan kes ditetapkan pada 2 Julai depan.

Surendran ditemui pemberita kemudian menyifatkan tuduhan terhadap Adam sebagai tidak berasas. Beliau dalam kamar perbicaraan pada mulanya mempertikaikan dakwaan tersebut kerana mendakwa kerajaan persekutuan sebelum ini mencadang untuk menghapuskan Akta Hasutan.

Walau bagaimanapun hakim, Norsharidah Awang membidas dengan fakta bahawa akta tersebut masih dalam kajian pihak kerajaan, justeru ia masih relevan dalam undang-undang dalam negara. "Ada yang tidak kena dengan pendakwaan ini dan dengan kerajaan BN menyalahgunakan kuasa untuk menghukum rakyat yang bersuara.

"Kita telah beritahu mahkamah dakwaan tidak berasas. Ini Akta Hasutan Perdana Menteri dah kata akan hapuskan tapi Najib masih gunakan akta ini," katanya kepada wartawan di perkarangan mahkamah. Pihak tertuduh tambah Surendran akan berusaha lagi untuk memfailkan pembatalan kes dengan kadar segera.

Begitu juga dengan Ambiga yang dilihat tidak berpuas hati dengan tuduhan yang dipalitkan terhadap Adam walaupun hakikatnya tindakan beliau boleh mencetuskan huru-hara.

Tertuduh ditahan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu, kira-kira 3.15 petang selepas dipercayai menterjemahkan hasutan kepada rakyat dalam bentuk ucapan pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor pada 13 Mei. Beliau kemudiannya ditahan reman selama lima hari di Lokap Berpusat Jinjang.




Tian Chua Dan Haris Ibrahim Ganti Tempat Adam Adli!!

Polis hari ini dilaporkan menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan seorang aktivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan.

Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter dipetik sebagai berkata beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dalam satu mesej di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan sebentar tadi.

PEMBUNUH SOSILAWATI KE TALI GANTUNG



Shah Alam, 23 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya bersalah membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas, dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan didakwa membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.


Pathmanabhan, 43, Thilaiyalagan, 21, Matan, 22, dan Kathavarayan, 33, didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Barisan pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad manakala Kathavarayan diwakili peguam Hasshahari Johari Mawi. - BERNAMA